Seperti mana kami katakan di atas tadi, kesemua jenis lesung pipit merupakan kecacatan genetik pada otot wajah yang menunjukkan bahawa ia adalah ciri atau fitur keturunan keluarga individu.
Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia yang memiliki lekuk kecil pada pipi dan lebih 50% daripada jumlah itu mewarisi lesung pipit melalui ibu bapa mereka.
Ajaibnya, ia mungkin akan muncul ketika bayi tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja atau dewasa bergantung kepada faktor seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka serta faktor penuaan tubuh badan secara semula jadi.
Jadi, memang benar kalau ia boleh muncul atau hilang dengan tiba-tiba atas faktor-faktor tertentu.
Wujudkah sebarang prosedur untuk lesung pipit?
Ramai orang yang mungkin ingin memiliki jenis lesung pipit laksana selebriti popular Syafiq Kyle, Aliff Aziz, Wawa Zainal, Izara Aishah, Neelofa dan ramai lagi namun hasrat tersebut tidak kesampaian.
Disebabkan itu pula, ada individu yang sanggup menjalani pembedahan minor bagi penstrukturan semula otot wajah Zygomaticus Major dalam usaha untuk mempunyai lesung pipit di pipi.
Selain pembedahan penstrukturan, turut wujud prosedur lain yang menggunakan sejenis alat bagi menimbulkan rupa lekuk kecil dengan cara menyedut atau mengubah lemak di pipi mereka.
Namun, The American Medical Association telah menyatakan bahawa prosedur di atas itu mampu mendatangkan bahaya yang lain terhadap kulit termasuk meningkatkan risiko kanser!
Baca lagi artikel berkaitan:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen