backup og meta

5 Cara Kuruskan Pipi Yang Tembam, Lakukan Ini Dan Wajah Akan Tampak Bentuk V!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/01/2024

    5 Cara Kuruskan Pipi Yang Tembam, Lakukan Ini Dan Wajah Akan Tampak Bentuk V!

    Anda sudah penat diejek dan dicubit pipi gara-gara ketembaman yang membuat orang lain geram atau mungkin cemburu. Sebenarnya, cara kuruskan pipi yang tembam itu tidak susah dan kami boleh cuba membantu usaha anda dengan berkongsikan tip-tip di dalam artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa punca pipi anda boleh jadi tembam?

    Untuk pengetahuan anda semua, punca pipi tembam tentu sahaja adalah angkara lemak yang terkumpul lalu terperangkap di situ sekali gus membuat pipi tampak seperti ‘berisi’.

    Konsepnya adalah sama dengan perut yang membuncit atau paha yang menggeleber di mana anda mungkin tidak tahu apa punca sebenar sehingga sampai suatu tahap ia mula merisaukan.

    Ramai orang yang akan menyalahkan pemakanan sebagai punca utama dan ia memang benar. Pipi anda mungkin akan naik akibat pengambilan lemak yang berlebihan di dalam menu seharian.

    penyebab pipi tembam
    Punca pipi menjadi tembam.

    Dalam pada itu, ada beberapa lagi punca pipi tembam yang lain seperti yang berikut:

    Meskipun ramai yang kata tembam itu comel namun ada juga yang tidak berpendapat sama. Jadi, kami akan cuba memberi anda beberapa cara kuruskan pipi agar ia tidak lagi menjadi masalah.

    Cara kuruskan pipi anda boleh cuba!

    Buat anda yang inginkan pipi tirus, dagu runcing dan rahang kecil, kami punya beberapa tip atau cara nak kuruskan pipi yang kita semua boleh amalkan. Rahsianya, anda cuma perlu lakukan langkah-langkah yang berikut:

    #1. Jaga pola pemakanan anda, antara cara kuruskan pipi tembam

    Pertama dan paling penting, anda sudah tahu bahawa pengambilan lemak, gula serta garam adalah antara punca pipi tembam. Jadi, cara pertama adalah menjaga pola pemakanan anda.

    Meskipun ketiga-tiga unsur ini mungkin agak sukar untuk dielak ekoran makanan masyarakat kita cukup sinonim dengannya, namun anda masih boleh mengurangkan atau mengehadkan semua ini.

    Apa yang anda boleh cuba adalah menggantikan lemak, gula atau garam dengan nutrien yang lebih sihat terutama protein, serat, vitamin dan mineral serta lain-lain yang ternyata menyihatkan.

    pemakanan sihat
    9 cara makan lebih sihat di kedai mamak.

    Cara kuruskan pipi #2. Senaman ringan

    Tidak perlu sehingga mengangkat besi di gimnasium setiap hari walaupun itu turut baik bagi anda, tetapi anda mungkin cuma perlu senaman ringan seperti berjalan, berjoging atau berbasikal sahaja.

    Ataupun, anda boleh melakukan senaman pipi di rumah! Caranya, anda hanya perlu gerakkan pipi dengan cara kembungkan dengan angin, hembuskan dengan perlahan dan ulang banyak kali.

    Cara kuruskan pipi #3. Urutan wajah

    Selain cara kuruskan pipi melalui senaman, urutan juga mungkin akan membuahkan hasil yang baik. Apa yang anda perlukan cuma apa-apa jenis minyak seperti minyak zaitun atau gamat yang boleh melancarkan urutan.

    Selepas pipi dilumurkan minyak, anda cuma perlu mengurut dengan perlahan daripada pipi, turun ke dagu, naik ke dahi dan ulang langkah-langkah ini semula beberapa kali dalam masa sehari.

    #4. Dapatkan rehat & tidur yang cukup

    Individu yang kurang mendapatkan rehat dan tidur biasanya menyebabkan muka menjadi sembap. Ia turut boleh membawa masalah pipi tembam apabila anda begitu kerap atau lama berjaga.

    Dalam usaha untuk mengecilkan pipi ekoran punca di atas, dapatkan rehat serta tidur yang cukup seperti mana yang disarankan oleh ramai pakar yakni sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

    Cara nak kuruskan pipi #5. Prosedur kosmetik

    cara kuruskan pipi
    Petua kulit muka cantik dan berseri.

    Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak membuahkan hasil, mungkin ada beberapa prosedur kosmetik yang anda boleh cuba dalam usaha untuk mengecilkan pipi namun ia datang dengan kos, masa dan risiko yang agak tinggi!

    Antara prosedur yang anda boleh cuba adalah threadlift, filler atau terapi skin tightening. Ingat ya, ia mungkin efektif namun boleh mendatangkan kesan sampingan jika tidak kena caranya.

    Mungkin tembam bukan perkara yang teruk?

    Cara kuruskan pipi tembam di atas tadi mungkin cuma sekadar satu ikhtiar dan usaha yang mungkin berkesan bergantung kepada individu itu sendiri. Ia masih memerlukan kajian lanjutan untuk tahu kesahihannya.

    Dalam pada itu, anda harus mengubah stigma kecantikan itu terletak pada kurus, tinggi, putih atau lain-lain kerana ia bukan perkara yang tepat. Ia cuma satu standard yang tidak perlu diikuti.

    Sebaiknya, anda mungkin perlu belajar menghargai dan mencintai diri dengan seadanya. Mungkin ketembaman pada pipi itu yang akan membuatkan individu tampak jauh lebih cantik dan sihat?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan