Mungkin sewaktu kecil dahulu kita sering dimomokkan dengan kata-kata jangan makan biji cili terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan apendiks. Akan tetapi, apa itu apendiks sebenarnya dan sejauh manakah kebenaran pantang larang ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Mungkin sewaktu kecil dahulu kita sering dimomokkan dengan kata-kata jangan makan biji cili terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan apendiks. Akan tetapi, apa itu apendiks sebenarnya dan sejauh manakah kebenaran pantang larang ini?
Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Apa itu apendiks adalah sejenis tisu kecil seperti kantung tisu yang terletak di bahagian kolon (cecum) di bahagian bawah abdomen.
Sakit apendiks berlaku akibat keradangan pada apendiks yang mana tisu berkenaan yang sepanjang 3 ½ inci berkembang daripada usus besar.
Terdapat kajian menyatakan apendiks mungkin berperanan adalam imuniti usus tetapi belum ada kepastiannya.
Namun, manusia boleh hidup tanpanya apabila dibuang akibat sakit apendiks.
Sesiapa sahaja boleh mendapat apendisitis (keradangan pada apendiks vermiformis), tetapi ia paling kerap berlaku terhadap individu berusia antara 10 hingga 30 tahun.
Kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi menghidapi apendisitis.
Apa punca apendiks berlaku apabila ia disekat dan tersumbat, biasanya oleh najis, bendasing, kanser dan lain-lain.
Penyumbatan juga boleh berlaku daripada jangkitan kerana apendiks boleh membengkak sebagai tindak balas terhadap sebarang jangkitan dalam tubuh.
Apendiks simptom lain yang mungkin berlaku:
Diagnosis apa itu apendisitis adalah berdasarkan kepada simptom dan penemuan oleh doktor semasa pemeriksaan fizikal pesakit.
Seseorang yang mempunyai apendisitis biasanya mengalami kesakitan yang sederhana dan mendadak apabila doktor perlahan-lahan menolak ke bawah bahagian abdomen.
Selain itu ia juga sukar untuk dikenalpasti kerana simptomnya yang sangat serupa dengan penyakit lain seperti masalah pundi hempedu, pundi kencing atau jangkitan saluran kencing, penyakit Crohn, gastritis, jangkitan usus, dan masalah ovari.
Antara ujian yang dilakukan untuk membantu diagnosis adalah:
Pembedahan membuang apendiks dipanggil appendetomy dan ia adalah rawatan standard bagi kebanyakan penyakit apendiks.
Umumnya, jika anda mendapat apendisitis, doktor cenderung menyarankan anda untuk mempercepatkan pembuangannya bagi mengelakkan apendiks pecah.
Jika apendiks menjadi abses (bengkak yang bernanah), dua prosedur yang perlu dilakukan iaitu untuk mengalirkan abses dan bendalir, kemudiannya membuang apa itu apendiks.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa dalam kes-kes tertentu rawatan akut apendiks dengan antibiotik boleh mengelakkan daripada melakukan pembedahan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen