Sakit semasa meregangkan kaki kanan atau pinggul kanan
Gejala awal biasanya muncul dalam tempoh 12 hingga 24 jam pertama.
Dianggarkan 75% individu dengan apendiks mengalami gejala yang memerlukan rawatan perubatan dalam tempoh 24 jam selepas keradangan bermula.
Tanda sakit apendiks pada wanita hamil
Bagi ibu hamil, kesakitan mungkin dirasai pada bahagian abdomen yang berbeza.
Ini kerana tubuh mereka sedang mengubah kedudukan bagi menampung berat janin yang membesar.
Mereka yang sedang berbadan dua juga mungkin akan mengalami gejala seperti loya atau muntah
Pada kanak-kanak
Kebanyakan kes apendiks ini terjadi pada mereka dalam lingkungan usia 10 hingga 20 tahun.
Oleh sebab itu penting untuk mengenal pasti gejala sakit apendiks yang boleh dialami anak anda.
Sesetengah kanak-kanak, seperti bayi atau anak kecil, mungkin tidak dapat memberitahu kesakitan yang dirasai, sekali gus membuatkan apendiks sukar dikesan.
Antara faktor risiko yang menyumbang kepada pengembangan apendiks adalah seperti:
Usia: Kebanyakan kes apendiks terjadi ketika berusia 10 hingga 20 tahun
Jantina: Secara umumnya lelaki lebih cenderung mengalami apendisitis akut. Namun wanita cenderung mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun
Amalan diet rendah serat: Pengambilan makanan rendah serat berpotensi menyebabkan lemak, serat tidak dicerna dan garam berkumpul pada apendiks, sekali gus menyebabkan keradangan atau penyumbatan
Genetik: Dipercayai bahawa faktor genetik turut menyumbang kepada pengembangan apendiks
Memahami komplikasi
Masalah apendisitis yang tidak didiagnosis atau dirawat boleh mengakibatkan komplikasi serius, seperti:
Tanda sakit apendiks #Berlubang & pecah
Jika apendiks tersumbat, tisu sekitarnya mungkin mati kesan kekurangan oksigen atau pertukaran nutrien.
Tisu mati ini mudah terkoyak atau mewujudkan lubang (perforasi), yang membolehkan bakteria atau mikrob memasuki organ, sekali gus membentuk abses – bengkak bernanah.
Abses yang semakin membesar boleh mewujudkan tekanan pada apendiks. Kesannya ia boleh meletus (pecah).
Jika ini berlaku, apendiks boleh mengakibatkan kebocoran najis, nanah dan kandungan lain ke dalam aliran darah.
Antara tanda sakit apendiks pecah atau berlubang merangkumi:
Kesakitan teruk, menyukarkan untuk berdiri tegak atau berjalan
Rasa kelembutan (tenderness) abdomen yang melampau
Demam panas
Muka kemerahan
Berpeluh atau menggigil
Hilang kesedaran
Muntah
Kurang selera makan
#Abses
Kadangkala, jangkitan bakteria boleh mengakibatkan pembentukan abses di sekitar apendiks apabila ia pecah.
Komplikasi daripada pembedahan juga boleh menyebabkan wujudnya abses.
Jadi anda sudah memahami beza sakit perut disebabkan masalah kembung perut dengan apendiks, bukan?
Secara mudahnya, jika anda mengalami kesakitan pada abdomen yang sukar untuk dijelaskan, simptom pencernaan mahupun gas berlebihan atau kronik, lakukan pemeriksaan doktor.
Ini kerana jika kesakitan yang dialami itu melibatkan apendiks, bermakna anda berdepan risiko komplikasi yang boleh membawa maut.
Namun, usah bimbang kerana dengan diagnosis dan rawatan awal, keadaan anda dapat dipulihkan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen