backup og meta

Bagaimana Nak Tahu Berat Badan Ideal Atau Tidak? Ladies, Jom Periksa Berat Masing-Masing!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/03/2023

    Bagaimana Nak Tahu Berat Badan Ideal Atau Tidak? Ladies, Jom Periksa Berat Masing-Masing!

    Ingin turunkan berat badan? Tidak pasti apakah berat badan ideal wanita? Tahukah anda, semua wanita mempunyai berat badan ideal yang berbeza-beza. Jadi, berat badan ideal wanita tinggi 155 dan 165 adalah tidak sama!

    Sebelum anda mengira berat ideal, anda perlulah faham apa itu BMI. Pengiraan BMI dapat membantu anda menentukan berat ideal masing-masing.

    Ingin tahu mengenai berat ideal anda? Jom, ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Berapakah berat badan ideal wanita?

    berat badan ideal wanita

    Ramai wanita menginginkan berat badan yang sihat.

    Namun, berat yang ideal berbeza mengikut beberapa faktor.

    Oleh sebab itu, semua wanita mempunyai berat ideal yang berbeza.

    Antara faktor yang mempengaruhi berat badan ideal seorang wanita ialah:

  • Umur.
  • Bentuk badan.
  • Komposisi lemak dan otot.
  • Ketinggian.
  • Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2019, 49% wanita di negara kita mempunyai ketinggian sekitar 155-163 cm.

    Tambah lagi, kajian yang dimuatkan di dalam Malaysian Journal of Nutrition mendapati purata berat badan wanita di negara kita masing-masing adalah di sekitar 62.65 kg. Kebanyakan rakyat Malaysia juga obes!

    Bukan itu sahaja, masalah obesiti juga didapati lebih serius dalam kalangan wanita yang berpendapatan rendah, tinggal di kampung dan duduk di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia!

    BMI dan berat badan ideal wanita

    berat badan ideal wanita

    Indeks jisim badan atau BMI merupakan satu ukuran yang digunakan untuk menentukan kadar kegemukan seseorang.

    Ia dikira dengan mengambil kira nisbah ketinggian dan juga berat badan individu.

    BMI seorang wanita bergantung pada ketinggian dan juga berat badan mereka.

    BMI yang ideal adalah antara 18.5 hingga 24.9.

    Jika BMI di bawah 18.5, mereka dianggap mempunyai kurang berat badan atau underweight.

    Manakala, sekiranya BMI lebih daripada 24.5, seseorang itu dianggap mempunyai berat badan berlebihan atau overweight.

    Sebagai contoh, berat badan ideal wanita tinggi 155 adalah di sekitar 44.4 – 60.1 kg. Untuk wanita yang mempunyai tinggi 150 pula, berat ideal adalah 41.6 – 56.3 kg.

    Walaupun BMI sesuai digunakan oleh semua orang, namun ia mungkin tidak tepat untuk sesetengah individu.

    Sebagai contoh, individu yang kerap bersenam mungkin mempunyai BMI yang tinggi disebabkan jumlah otot yang dimiliki.

    Malah, mereka yang mempunyai BMI normal juga mungkin tidak sihat sekiranya mereka tidak aktif dan gemar mengambil makanan yang tidak sihat.

    Jika anda ingin tahu mengenai BMI sendiri, anda boleh cuba gunakan kalkulator BMI kami.

    Bukan tinggi dan berat sahaja, ukur lilit pinggang juga penting!

    Jika BMI anda normal, tidak guna jika anda buncit!

    Lemak berlebihan pada kawasan perut boleh meningkatkan risiko serangan jantung, diabetes jenis 2 dan juga strok.

    Selain tinggi dan berat, anda juga perlu tahu ukur lilit pinggang masing-masing.

    Untuk mengukur pinggang:

    1. Gunakan pita ukur. Lilitkan perut dan ambil ukuran.
    2. Bernafas seperti biasa.

    Jika ukur lilit pinggang anda melebihi:

    • 94 cm untuk lelaki
    • 80 cm untuk wanita

    Anda perlu bersenam untuk kurangkan berat badan.

    Baca juga:

    Bagaimanakah berat badan boleh mempengaruhi kesihatan?

    berat badan ideal wanita

    Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, risiko untuk anda menghidap penyakit kronik akan meningkat.

    Antara penyakit yang terlibat ialah:

    1. Penyakit jantung koronari.
    2. Tekanan darah tinggi.
    3. Strok
    4. Diabetes jenis 2.
    5. Kanser.
    6. Asma.
    7. Penyakit hati.
    8. Osteoarthritis.
    9. Apnea tidur.
    10. Masalah kesuburan.

    Tetapi, bukan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sahaja yang menghidap penyakit tertentu.

    Individu yang mempunyai berat badan yang kurang juga berisiko menghidap penyakit. Antaranya:

    1. Osteoporosis.
    2. Ketahanan otot yang rendah.
    3. Sistem imun lemah.
    4. Risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
    5. Masalah kesuburan.

    Disebabkan berat badan ideal setiap wanita berbeza-beza, anda perlulah tahu BMI sendiri untuk pastikan berat badan dalam julat yang sihat.

    Selain itu, pastikan anda bersenam dan makan secara sihat untuk pastikan berat badan berada dalam julat yang ideal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan