Ramai yang selalu menyebut kepentingan BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi sebenarnya apa itu BMI dan adakah anda benar-benar memahami mengenai kepentingannya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ramai yang selalu menyebut kepentingan BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi sebenarnya apa itu BMI dan adakah anda benar-benar memahami mengenai kepentingannya?
Secara umumnya, apa itu BMI adalah perkataan pendek daripada frasa asalnya iaitu Body Mass Index.
Ia adalah satu kaedah ukuran berat badan seseorang individu bersama-sama dengan ketinggiannya.
Ia lebih kepada penunjuk berkenaan jumlah lemak tubuh badan seseorang individu dan BMI mempunyai hubung kait atau korelasi dengan jumlah lemak tubuh.
Dengan kata lain, semakin tinggi skor BMI anda, maka semakin tinggi jugalah jumlah lemak badan anda.
Terdapat empat kategori BMI yang boleh memberikan gambaran sebenar mengenai jumlah lemak badan anda.
Empat kategori tersebut ialah kurang berat badan (underweight), sihat (healthy), berat badan berlebihan (overweight) dan obes (obese).
Bagaimana untuk mengetahui kategori berat badan anda?
Rujuk senarai di bawah ini.
Kategori BMI ini memberikan gambaran kepada anda berkenaan risiko kesihatan yang berpotensi berlaku berdasarkan berat badan tersebut.
BMI dianggap sebagai petunjuk bagi sebarang risiko kesihatan pada masa akan datang.
BMI biasa digunakan oleh profesional kesihatan untuk mengesan individu yang dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan dan obes.
BMI penting kerana digunakan untuk menilai risiko kesihatan seseorang individu yang berkait rapat dengan berat badan berlebihan dan obesiti.
Sebagai contoh, mereka yang mempunyai nilai BMI yang tinggi mempunyai risiko terhadap beberapa jenis penyakit seperti:
Mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Ya, dengan mengetahui kepentingan BMI dan berapakah nilai BMI anda, akan memberikan beberapa manfaat dan kebaikan.
Pertama, ia adalah kaedah yang baik bagi mengetahui sama ada berat badan anda berada dalam kondisi yang sihat dan bersesuaian dengan ketinggian yang dimiliki.
Selain itu, jika tahu nilai BMI anda, ia membantu doktor untuk mengenal pasti sebarang risiko kesihatan yang mungkin anda alami pada masa hadapan jika ia berada pada kategori overweight dan obese.
Walau bagaimanapun, perkiraan BMI ini tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti umur, jantina, etnik dan juga jisim otot.
Selain itu, ia juga tidak sesuai untuk menentukan berat badan sihat bagi warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan juga atlet.
Oleh itu, jika anda merupakan salah seorang daripada golongan yang disebutkan ini, nilai BMI anda mungkin tidak berapa tepat dan tidak menggambarkan jumlah sebenar lemak tubuh anda.
Rujuk doktor bagi mendapatkan kepastian berkenaan BMI dan risiko kesihatan sebenar anda.
Bagi anda yang tidak berada dalam kategori ini dan ingin mendapatkan nilai BMI, cuba Kalkulator Indeks Jisim Badan yang kami sediakan ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen