Bagaimana mengenal pasti jenayah pedofilia
1. Jenayah pedofilia dalam pronografi kanak-kanak
Pemangsa pedofilia mungkin terlibat dalam penghasilan, penyebaran dan menyaksikan pronografi kanak-kanak. Pronografi bukan sahaja dalam bentuk video, tetapi termasuk juga audio atau media bertulis.
Ilustrasi atau lukisan yang mempamerkan gambaran jelas kanak-kanak terlibat dengan aktiviti seksual juga termasuk dalam definisi ini.
Dengan kecanggihan teknologi, bahan pronografi kanak-kanak yang muncul di dunia maya kian bercambah. Percaya atau tidak, kini mucul pula fenomena live-streaming sewaktu melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak!
Disebabkan tiada bukti videografi yang tinggal selepas pendedahan secara langsung, kes sebegini lebih sukar dibuktikan.
Media sosial dan komuniti maya juga membolehkan perkongsian bahan pronografi antara pesalah laku jenayah pedofilia. Perbincangan dan perkongsian atas talian antara pesalah laku jenayah pedofilia menimbulkan rasa normalisasi terhadap kecenderungan di luar tabii mereka.
Mereka juga akan berasa tidak lagi sensitif dan bersimpati terhadap mangsa apabila kewujudan komuniti maya membolehkan mereka berkongsi keinginan dan pengalaman mendera kanak-kanak secara seksual tanpa dipandang serong atau ditangkap.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen