Tak Nak Ketagih Ketum Lagi? Berhenti Sekarang Dengan Ubat & 5 Langkah Ini!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/03/2024
Mungkin pada mulanya, individu ambil air ini untuk sumber tenaga namun makin lama jadi ketagih. Maka, mereka ini sedang giat mencari dan membeli ubat berhenti ketum di farmasi, klinik, pasar raya atau pusat kesihatan yang lain. Persoalannya, adakah ia wujud?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Ketagihan ketum yang tiada pengakhiran!
Air ketum merupakan sejenis minuman yang ramai percaya ia ‘ajaib’ kerana dikatakan mampu memberi tenaga dan motivasi untuk tubuh badan lebih kuat ketika melakukan pekerjaan.
Di Malaysia khususnya, minuman yang berasal daripada tumbuhan ini begitu popular meskipun statusnya yang haram untuk diambil dalam peraturan negara kita.
Menurut European Monitoring Centre for Drugs and Drug Addiction (EMCDDA), dos kecil air ketum ini mungkin mampu memberikan kesan positif pada kesihatan seperti yang berikut:
Penagih ketum biasanya mengeluarkan keluhan dan alasan mendapatkan tenaga untuk mengambil air ini. Sedangkan, ada banyak lagi energy booster yang anda boleh cuba untuk tujuan tersebut.
Ada sebab kenapa wujud larangan ambil minuman ketum. Perhatikan kesan negatif di bawah ini:
Dalam masa yang sama juga, anda boleh cuba cari ubat berhenti ketum di farmasi, klinik, pasar raya atau pusat kesihatan yang lain. Teruskan baca artikel ini jika anda juga ketagih ketum.
Apa perlu buat jika ketagih ketum?
Jangan teruskan dan biarkan ketagihan ini kekal dalam hidup anda! Jadi, apa langkah kena cuba?
#1. Ubat berhenti ketum di farmasi
Pertama, anda boleh cuba cari ubat berhenti ketum di farmasi, klinik atau klinik berhenti ketum dalam usaha menghilangkan ketagihan atau kesan penarikan (withdrawal) ketika mahu mula berhenti.
Apa yang mungkin membimbangkan adalah wujudkah ubat berhenti ketum di farmasi atau klinik? Sebenarnya, masih belum ada ubat khusus untuk itu namun tidak ada istilah jalan mati.
Anda boleh ibaratkan ketagihan ketum ini dengan ketagihan benda lain seperti ganja, tembakau, alkohol, kafein dan lain-lain. Sebenarnya, ia boleh dikawal dan dibuang dengan sepenuhnya.
Sebagai contoh, anda boleh gantikan ketum dengan gula-gula getah – serupa dengan kes cubaan berhenti merokok. Walaupun usaha ini tampak remeh, namun lama-kelamaan hasilnya akan datang.
#3. Dapatkan cukup rehat dan tidur untuk hilangkan ketagih ketum
Berhenti ketum susah tidur?
Cuba imbas kembali apa punca utama anda ambil ketum. Jawapannya mungkin sebagai sumber tenaga bukan? Jika anda punya tenaga yang sudah cukup banyak, maka ketum itu tiada gunanya.
Dalam usaha untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih cergas, kuat dan aktif, anda hanya perlu cuba dapatkan cukup rehat dan tidur. Dengannya, ketagihan ketum akan dapat dikawal.
#4. Jauhi faktor ketagihan ketum di sekeliling
Ketagihan ini biasa bermula daripada perasaan ingin tahu dan mahu cuba sesuatu yang baru. Ada banyak faktor yang boleh memicu dan mencetuskan perasaan sebegini dan paling utama adalah akibat daripada pengaruh individu di sekeliling anda!
Jauhi kumpulan atau golongan yang mengambil ketum. Dalam masa sama, buang semua peralatan seperti botol, gas, pisau dan benda lain yang anda pernah guna untuk memproses air ini.
#5. Ceritakan situasi anda pada orang lain untuk hilangkan ketagih ketum
Perkara paling penting, anda perlu tahu jika diri tidak pernah keseorangan dalam usaha melawan ketagihan ini. Ceritakan situasi anda pada orang lain yang anda percaya boleh membantu.
Kesimpulan
Mungkin ubat berhenti ketum di farmasi masih belum dijual di pasaran, klinik atau pasar raya. Namun, itu bukan alasan untuk anda terus hidup dengan ketagihan ini!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen