Ketagihan adalah masalah yang serius. Ia bukan sekadar masalah sosial tetapi boleh dikategorikan sebagai masalah mental dan sering dirujuk kepada pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan dalam bentuk terapi dan ubat-ubatan.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ketagihan adalah masalah yang serius. Ia bukan sekadar masalah sosial tetapi boleh dikategorikan sebagai masalah mental dan sering dirujuk kepada pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan dalam bentuk terapi dan ubat-ubatan.
Tidak adil untuk kita menyalahkan satu pihak sahaja apabila berlaku masalah ketagihan. Puncanya adalah kompleks yang melibatkan banyak faktor.
Apakah faktor-faktor tersebut?
Ketagihan mungkin bermula daripada unit paling asas, iaitu genetik. Menurut American Psychological Association, genetik adalah faktor yang penting dalam ketagihan.
Ia mungkin dikaitkan dengan:
Kajian menunjukkan bahawa genetik semata-mata tidak menyebabkan ketagihan. Persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Beberapa keadaan boleh membuatkan anda tertekan seperti perceraian, kerap bergaduh, keadaan mental dan penyalahgunaan dadah atau alkohol.
Selain dari persekitaraan dalam rumah, luar rumah juga menyumbang kepada ketagihan. Jika kejiranan kawasan anda biasa dengan penyalahgunaan dadah dan masalah sosial, anda mungkin terdedah kepada ketagihan.
Peristiwa-peristiwa trauma seperti penderaan, pengabaian atau bencana alam mungkin menyebabkan ketagihan. Tekanan yang dialami dari peristiwa tersebut membuatkan seseorang cuba mencari sesuatu untuk menutup rasa sakit tersebut.
Terdapat hubungan yang kuat antara keadaan mental dan ketagihan. Menurut National Alliance on Mental Illness, lebih separuh dari mereka yang mengalami ketagihan turut menghidapi masalah mental.
Sama ada dua, keadaan mental tersebut membuatkan seseorang memilih untuk mengambil dadah atau ketagihan tersebut menyebabkan masalah mental.
Pengaruh rakan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, tetapi juga orang dewasa. Pada awalnya hanya ingin mencuba. Namun, akhirnya terus terjebak di dalam kancah ketagihan.
Seperti yang disebutkan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada ketagihan. Usaha membanteras masalah ini adalah usaha bersama dan tidak harus diletakkan hanya pada satu pihak sahaja. Semua faktor yang terbabit perlu dibabitkan dalam usaha tersebut.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen