backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Soal Jawab Doktor: Apa Itu Ural Sachet Dan Fungsinya?

Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/11/2023

Soal Jawab Doktor: Apa Itu Ural Sachet Dan Fungsinya?

Soalan Pembaca: Ural Sachet Untuk Apa?

Hai doktor. Baru-baru ini, saya berjumpa dengan doktor sebab rasa sakit masa buang air kecil. Setiap kali kencing, akan rasa pedih atau terasa seperti kepanasan. Doktor suruh saya cuba minum serbuk ural sachet. Ural sachet untuk apa sebenarnya ya?

Jawapan Doktor

Terima kasih atas soalan yang diberikan.

Saya akan cuba memberikan penerangan yang sebaik mungkin mengenai kegunaan ural sachet.

Untuk pengetahuan, serbuk ural ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat sebarang masalah ringan yang berkaitan dengan jangkitan saluran kencing atau ringkasnya UTI.

Selain itu, ia juga digunakan untuk melegakan sebarang gejala disuria atau masalah kencing yang menyakitkan.

Serbuk ural ini juga digunakan bagi meningkatkan kesan sesetengah ubat antibiotik selain mencegah dan menghancurkan ural batu karang asid urik.

Oleh sebab itu, doktor mengesyorkan penggunaan serbuk ural bagi mereka yang mengalami kesakitan ketika membuang air kecil pada peringkat awal rawatan. 

Jawapan ini disediakan oleh Dr Zai Muhammad Zaidi, Panel Perubatan Hello Doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

Atau sertai komuniti kami untuk bertanyakan soalan terus kepada ahli perubatan atau berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti yang lain.

Kandungan ural sachet

Ubat atau serbuk ural ini mengandungi beberapa bahan aktif seperti asid tartarik, sodium bikarbonat, asid sitrik dan juga natrium sitrat.

Selain itu, ia juga mungkin mengandungi kandungan minyak beraroma dan juga perisa mengikut jenama yang anda beli. 

Ural sachet untuk apa: Bagaimana cara mengambilnya?

ural sachet untuk apa

Untuk cara penggunaan serbuk ural ini, anda perlu melihat kepada arahan penggunaan yang tertera pada label kotak pembungkusan.

Biasanya, anda perlu menggunakan antara 4 gram hingga 8 gram serbuk ural (kira-kira satu atau dua bungkusan) yang perlu dilarutkan dalam air sejuk sebelum diminum.

Ia perlu diminum sebanyak empat kali sehari atau mengikut arahan penggunaan yang tertera. 

Baca juga:

Apakah kesan sampingannya?

Terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku apabila anda mengambil serbuk ural.

Antaranya, kandungan asid tartarik dalam ubat ini mungkin tidak diserap sepenuhnya dalam badan.

Kesannya, ubat ini boleh menyebabkan kesan laksatif atau menyebabkan cirit-birit yang ringan.

Selain itu, penggunaan secara berlebihan atau berpanjangan mungkin boleh mengakibatkan kandungan garam terlalu tinggi dalam darah.

Malah ia juga boleh menyebabkan nilai pH dalam darah berubah menjadi alkali lalu mengakibatkan gejala seperti sesak nafas dan muntah-muntah. 

Boleh ke ibu hamil dan menyusu ambil serbuk ural ini?

ural sachet untuk apa

Kajian mengenai kesan penggunaan serbuk ural yang mengandungi asid sitrik terhadap ibu mengandung masih belum dijalankan.

Namun, ubat ini perlu digunakan dengan berhati-hati bagi ibu yang sedang menyusukan anak.

Doktor berharap maklumat di atas dapat membantu anda mengetahui apakah itu serbuk ural dan penggunaannya.

Sebarang keraguan atau pertanyaan lanjut perlulah dirujuk dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr Zai Muhammad

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/11/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan