backup og meta

Ada Banyak Punca Rasa Sakit Ketika Kencing, Hilangkan Kepedihan Dengan 6 Cara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/01/2024

    Ada Banyak Punca Rasa Sakit Ketika Kencing, Hilangkan Kepedihan Dengan 6 Cara Ini!

    Terasa macam perlu membuang air kecil tetapi takut hendak ke tandas angkara kencing sakit? Ia bukan masalah yang anda boleh pandang sebelah mata jika berlaku secara berulang kali.

    Persoalannya, apa punca serta bagaimana rawat masalah kencing sakit lelaki dan kencing sakit perempuan ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh dapatkannya di sini.

    Ketidakselesaan ketika buang air kecil atau dysuria 

    Untuk pengetahuan anda semua, kesakitan ketika membuang air kecil atau dysuria adalah sejenis kondisi yang agak lazim dan boleh terjadi kepada individu tanpa mengira usia dan jantina.

    Bagi penderita penyakit ini, mereka bakal mengalami rasa perih, pedih, gatal atau terbakar apabila sedang kencing di samping kekerapan pembuangan air kecil yang meningkat mendadak.

    Logiknya, anda mungkin fikir ketidakselesaan itu cuma akan berlaku di sekitar alat kelamin sahaja sedangkan kawasan dalaman berkaitan termasuk pundi dan salur kencing turut terkesan.

    kencing sakit
    Ketidakselesaan melampau ketika membuang air kecil.

    Apa yang lebih membimbangkan, rasa pedih ketika kencing juga mungkin merupakan indikator kepada isu besar lain!

    Apa punca pundi kencing sakit dan kerap kencing?

    Ramai yang percaya bahawa kondisi ini disebabkan oleh masalah ‘kencing kotor’ tetapi tidak tahu apa makna atau punca sebenar di sebalik istilah itu. Adakah ia diakibatkan oleh tabiat anda selama ini?

    Terdapat beberapa punca serta faktor risiko kerap kencing dan kencing sakit seperti berikut:

    • Cystitis – Keradangan pundi kencing akibat bakteria
    • Urethritis – Keradangan salur kencing akibat bakteria
    • Prostatitis – Keradangan kelenjar prostat lelaki angkara bakteria
    • VaginitisKeradangan dalam faraj wanita angkara bakteria
    • Batu karang – Kewujudan batu di dalam bentuk mineral pada pundi kencing, salur kencing atau buah pinggang
    • Kesan sampingan ubatan atau rawatan – Contohnya kemoterapi untuk rawat kanser
    • Kesan jangkitan seksualSTD/STI termasuk penyakit klamidia, herpes, sifilis, gonorea dan lain-lain
    • Tumor di dalam sistem urologi – Keberadaan tumor sama ada bersifat kanser atau tidak
    • Produk yang tidak sesuai – Produk mandian atau cucian termasuk sabun, losyen atau krim yang mempunyai kandungan berbahaya
    • Kecederaan alat kelamin – Ada kemungkinan wujud kecederaan pada zakar dan faraj sama ada di luar atau di dalam

    Ini antara petua hilangkan pedih ketika kencing!

    Usah biarkan atau abaikan kondisi ini. Anda perlu cuba beberapa rawatan kencing sakit berikut:

    #1. Minum lebih banyak air kosong

    Pertama dan paling penting, pesakit perlu minum air kosong dengan cukup sekurang-kurangnya 8 gelas besar sehari dalam usaha bagi mempercepatkan proses penyembuhan infeksi kencing.

    Alasannya, minum banyak air bakal dapat membantu mengeluarkan bakteria yang mengakibatkan infeksi kencing. Selain air kosong, minuman lain seperti teh atau kopi juga boleh membantu.

    Petua hilangkan pedih ketika kencing #2. Jangan tahan kencing

    kencing sakit
    Berapa lama boleh tahan kencing?

    Sehubungan di atas tadi, anda perlu usaha untuk lebih kerap kencing meskipun tidak selesa agar bakteria dapat dikeluarkan. Tambahan itu pula, amalan tahan kencing adalah sesuatu yang sangat tidak digalakkan bagi penderita masalah ini.

    Petua hilangkan pedih ketika kencing #3. Jangan duduk lama

    Sekiranya anda perlu duduk dalam tempoh masa yang lama bagi tujuan bekerja atau belajar, cuba bangun, berjalan dan bersenam seketika agar ketidakselesaan itu pergi sementara. Ini kerana otot dalam sistem perkumuhan harus lebih aktif.

    #4. Guna tuaman yang hangat

    Bagi mengurangkan rasa pedih sebelum, semasa atau selepas kencing, anda boleh cuba guna heating pad atau tuaman panas lain seperti kain atau tuala pada bahagian bawah abdomen.

    Untuk memudahkan usaha anda, boleh juga cuba mandi air pancur atau kolam dengan suhu panas.

    Tips jika kencing sakit #5. Pakai pakaian yang sesuai

    Selain itu, pastikan juga anda memakai pakaian terutama seluar dalam yang tidak terlalu ketat dan mampu menyerap peluh dengan baik bagi mengelak pertumbuhan dan penyebaran bakteria.

    kencing sakit
    Penggunaan pakaian dalam yang sesuai.

    Sebaiknya, individu boleh cuba pakai seluar dalam daripada material kapas yang tentu lebih selesa.

    Tips jika kencing sakit #6. Elak aktiviti seks

    Akhir sekali, anda perlu hindar daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana ia berpotensi untuk membuat simptom menjadi lebih teruk selain berisiko menyebabkan UTI.

    Jika anda mula perasan wujud simptom pada diri, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor tentang punca serta langkah yang anda boleh buat agar masalah ini tidak berlaku atau berulang!

    Jadi, ada banyak petua hilangkan pedih ketika kencing yang anda boleh cuba. Jangan biarkan kondisi ini sampau mengganggu kehidupan seharian ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan