Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang dianggap sebagai pantang larang batu karang? Apakah jenis makanan tersebut?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan tinggi oksalat yang dianggap sebagai pantang larang batu karang? Apakah jenis makanan tersebut?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Oksalat adalah sejenis sebatian atau molekul yang boleh didapati dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan juga tubuh manusia.
Dalam tumbuhan, oksalat ini berfungsi menyingkirkan lebihan kandungan kalsium.
Oleh sebab itu, oksalat banyak dijumpai dalam tumbuh-tumbuhan berbanding sumber makanan lain.
Namun tubuh manusia tidak begitu memerlukan oksalat. Malah, terlalu banyak oksalat dalam tubuh sebenarnya boleh menyebabkan batu karang. sekali gus dianggap pantang larang batu karang.
Apabila kita makan makanan yang mempunyai oksalat, oksalat akan melalui saluran pencernaan tubuh kita.
Ketika di dalam saluran pencernaan, oksalat akan bercantum atau melekat dengan kalsium dan akan disingkirkan melalui najis atau air kencing.
Namun, jika terlalu banyak oksalat melalui kawasan buah pinggang, ia boleh membentuk batu karang buah pinggang.
Semakin tinggi tahap oksalat dalam tubuh, maka semakin besar risiko anda untuk mendapat batu karang jenis ini.
Baca juga:
Sekiranya seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat batu karang buah pinggang, maka risiko tersebut boleh dikurangkan dengan mengurangkan pengambilan makanan tinggi oksalat.
Namun, ada juga kajian menyatakan bahawa anda tidak semestinya perlu mengelakkan makanan yang tinggi oksalat ini.
Cukup dengan memastikan anda juga mengambil sumber kalsium yang mencukupi. Ini kerana, oksalat dalam tubuh anda dapat disingkirkan apabila ia bercantum dengan kalsium.
Oksalat akan bercantum dengan kalsium semasa proses pencernaan makanan sebelum ia sampai ke bahagian buah pinggang anda.
Dengan itu, risiko pembentukan batu karang buah pinggang juga akan semakin berkurangan.
Jumlah oksalat yang disarankan boleh diambil dalam tubuh hanyalah 50 miligram setiap hari.
Namun, jumlah oksalat dalam sumber makanan anda juga bergantung kepada jenis makanan, cara penyediaan, cara ia dimasak dan beberapa faktor lain.
Berikut adalah jenis makanan yang perlu diambil perhatian sekiranya anda berisiko untuk mendapat batu karang buah pinggang:
Namun, anda tidak semestinya perlu mengelakkan makanan ini. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, anda perlu memperbanyakkan pengambilan sumber kalsium sekiranya anda mengambil makanan tinggi oksalat. Antara sumber makanan tinggi kalsium adalah seperti:
Selain itu, anda juga perlu meminum banyak air kosong untuk mengelakkan pembentukan batu karang buah pinggang.
Namun, jika anda sememangnya berisiko tinggi mendapat batu karang, atau telah mempunyai batu karang, cuba untuk hadkan atau elakkan makanan tersebut bagi mengurangkan risiko.
Selain itu, kurangkan juga makanan tinggi garam. Ini kerana, makanan yang tinggi garam juga boleh menyebabkan batu karang buah pinggang dek kehadiran kalsium berlebihan di dalam urin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen