Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Xarelto® selalunya digunakan untuk mengelakkan atau merawat jenis darah beku dipanngil deep vein thrombosis (DVT), yang mana membawa kepada darah beku ke paru-paru (pulmonary embolism). DVT boleh terjadi selepas beberapa jenis pembedahan tertentu.
Ia juga sering digunakan pada mereka yang mengalami atrial fibrillation (gangguan pada detak jantung) untuk mengurangkan risiko stroke yang disebabkan darah beku tersebut.
Ubat ini juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenarikan di sini.
Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor. Xarelto® diambil sama ada sekali sehari atau dua kali sehari bergantung kepada sebab anda mengambil ubat ini. Patuhi semua arahan pada label perskripsi. Doktor mungkin akan menukar dos ubat beebrapa kali. Jangan ambilubat ini melebihi atau kurang dari dos yang diarahkan. Berhati-hati mematuhi arahan doktor anda.
Beritahu doktor anda jika anda mengalami kesukaran untuk menelan tablet Xarelto®.
Beritahu mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda sedang mengambil Xarelto®. Jika anda perlu menjalani pembedahan atau prosedur dental, maklumkan kepada pakar bedah atau doktor gigi anda bahawa anda menggunakan ubat ini. Jika anda memerlukan ubat bius untuk sebarang prosedur atau pembedahan, anda mungkin perlu berhenti mengambil ubat ini buat sementara waktu.
Gunakan Xarelto® pada waktu yang ditetapkan untuk mendpata kesemua manfaatnya. Dapatkan pengisian semula preskripsi anda sebelum ia habis sepenuhnya.
Jangan ubah dos atau berhenti mengambil ubat ini tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Berhenti mengambilnya secara mengejut boleh meningkatkan risiko anda kepada darah beku atau stroke.
Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:
Anda tidak boleh menggunakan Xarelto® jika anda ada:
Xarelto® boleh menyebabkan darah beku yang sangat serius di sekeliling saraf tunjang anda jika anda menjalani spinal tap atau menerima ubat bius (epidural). Darah beku jenis ini boleh menyebabkan lumpuh untuk jangka masa lama, dan lebih mudah terjadi jika:
Xarelto® boleh menyebabkan anda lebih mudah mengalami pendarahan, terutamanya jika anda mengalami:
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori C bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut
Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:
Hubungi doktor anda sekiranya perkara berikut berlaku:
Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal; susah bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:
Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini ialah:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos dewasa untuk prophylaxis Deep Vein Thrombosis selepas pembedahan penggantian punggung
Mencegah thromboembolism vena untuk pesakit yang menjalani pembedahan mengganti punggung atau lutut: 10mg secara oral sekali sehari bermula dari 6-10 jam selepas pembedahan.
Tempoh terapi ialah 35 hari untuk pembedahan mengganti punggung dan 12 hari untuk pembedahan mengganti lutut.
Dos dewasa untuk Atrial Fibrillation
Nonvalvular atrial fibrillation: 20mg secara oral sekali sehari bersama hidangan petang
Dos dewasa untuk Deep Vein Thrombosis & Pulmonary Embolism
Rawatan untuk DVT dan PE:
Dos dewasa untuk Deep Vein Thrombosis & Pulmonary Embolism – kejadian berulang
Mengurangkan risiko DVT dan PE dari berulang: 20mg secara oral sekali sehari berserta makanan.
Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Xarelto® tersedia dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen