Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Tylenol® cold biasanya digunakan untuk sementara melegakan simptom selesema / flu biasa seperti sakit kecil, sakit kepala, sakit tekak, hidung tersumbat, batuk, kesesakan sinus dan tekanan. Ia juga membantu membersihkan saluran hidung, menggalakkan saliran hidung dan sinus dan mengurangkan demam buat sementara waktu.
Gunakan sama seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ubat ini biasanya diambil hanya untuk waktu yang singkat sehingga simptom anda menghilang.
Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun. Sentiasa bertanya doktor sebelum memberikan ubat batuk atau selsema kepada kanak-kanak.
Jangan ambil lebih lama daripada tujuh hari berturut-turut. Berhenti mengambil ubat dan hubungi doktor anda jika anda masih demam selepas tiga hari penggunaan, anda masih mengalami kesakitan selepas tujuh hari (atau lima hari jika merawat kanak-kanak), jika simptom anda semakin teruk, atau jika anda mempunyai ruam kulit , sakit kepala yang berterusan, atau sebarang kemerahan atau bengkak.
Tylenol® cold adalah yang terbaik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Tylenol® cold yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda:
Produk ini mengandungi acetaminophen. Dos harian maksima produk ini adalah 10 kaplet (3,250 mg acetaminophen) dalam masa 24 jam.
Kerosakan hati yang teruk mungkin berlaku jika anda mengambil:
Jika sakit tekak menjadi teruk, berterusan selama lebih dari dua hari, disertai atau diikuti oleh demam, sakit kepala, ruam, mual, atau muntah, berjumpa doktor dengan segera.
Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakannya jika anda mengambil ubat penipisan darah warfarin.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Tylenol® cold semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Tylenol® cold. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), Tylenol® cold berada di kategori N bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:
Hentikan penggunaan dan tanya doktor jika:
Ini mungkin tanda-tanda keadaan yang serius.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tylenol® cold mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Tylenol® cold mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Tylenol® cold akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini, seperti:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Ambil 2 kaplet setiap 4 jam.
Telan keseluruhannya; jangan menghancurkan, mengunyah atau melarutkan.
Jangan mengambil lebih daripada 10 kaplet dalam 24 jam.
Kanak-kanak 12 tahun dan ke atas:
Kanak-kanak di bawah 12 tahun: Berunding dengan doktor
Tylenol® cold boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Tylenol® cold, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen