Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Dramamine® biasanya digunakan untuk merawat atau mengelakkan rasa mual, muntah, dan pening kepala yang berkaitan dengan mabuk gerak (motion sickness).
Dimenhydrinate juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Gunakan ubat ini sebagaimana diarahkan oleh doktor. Baca semua maklumat yang diberikan kepada anda. Patuhi arahan-arahan dengan baik. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.
Untuk hasil terbaik, ambil dimenhydrinate 30 hingga 60 minit sebelum perjalanan atau sebelum sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan mabuk gerak.
Anda boleh mengambil dimenhydrinate dengan atau tanpa makanan.
Tablet yang dikunyah mestilah dikunyah sebelum anda menelannya.
Jika anda memerlukan pembedahan, beritahu pakar bedah terlebih dahulu jika anda ada mengambil dimenhydrinate dalam beberapa hari yang lalu.
Dramamine® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dramamine® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dramamine® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Dramamine® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun. Sentiasa merujuk doktor sebelum memberikan antihistamin kepada anak anda. Kematian boleh berlaku dari penyalahgunaan antihistamin pada kanak-kanak yang sangat kecil.
Dimenhydrinate adalah tidak diketahui sama ada akan membahayakan bayi yang belum lahir atau tidak. Jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat doktor jika anda mengandung.
Adalah tidak diketahui juga sama ada dimenhydrinate boleh meresap masuk dalam susu ibu atau jika ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Jangan gunakan ubat ini tanpa nasihat doktor jika anda sedang menyusu bayi.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Dramamine® adalah pada kategori risiko kehamilan tahap B, menurut badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Rujukan kategori risiko kehamilan FDA adalah seperti berikut:
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan: bintat; kesukaran bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Berhenti menggunakan dimenhydrinate dan hubungi doktor anda segera jika anda mengalami:
Kesan sampingan seperti mulut kering, sembelit, dan kekeliruan mungkin lebih cenderung berlaku pada orang dewasa yang lebih tua.
Kesan sampingan lain yang biasa termasuklah:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Dramamine® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Dramamine® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Dramamine® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.
Antara keadaan kesihatan yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini adalah:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos Orang Dewasa Biasa untuk Masalah Mabuk Gerak
Suntikan: 50 hingga 100 mg IM atau IV setiap 4 jam yang diperlukan; Maksimum dos: 400 mg dalam masa 24 jam.
Melalui mulut: Dos Pelepasan Segera: 50 hingga 100 mg setiap 4 hingga 6 jam yang diperlukan; Maksimum dos: 400 mg dalam masa 24 jam.
Dos Pelepasan Terlanjut: 100 mg setiap 8 hingga 12 jam yang diperlukan; Dos Maksimum: 300 mg dalam masa 24 jam.
Melalui rektum: 50 hingga 100 mg setiap 6 hingga 8 jam yang diperlukan.
Dos Pediatrik Biasa untuk Masalah Mabuk Gerak
Suntikan:
Melalui mulut:
Melalui rektum:
Dramamine® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dramamine®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen