backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

AWAS, Bahaya Pecahkan Bisul Tanpa Mata, Boleh Mengancam Nyawa!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah Ā· Disemak pada 17/01/2024

    AWAS, Bahaya Pecahkan Bisul Tanpa Mata, Boleh Mengancam Nyawa!

    Bisul, seringkali dipandang enteng. Ramai beranggapan dengan mencungkil dan mengeluarkan nanah daripada jenis bisul tanpa mata, hilanglah penyakit itu.

    Itu mungkin antara reaksi atau nasihat yang selalu didengar apabila berdepan dengan masalah bisul.

    Ini kerana, ia dianggap sebagai satu perkara biasa, sedangkan bisul boleh mendatangkan komplikasi yang serius termasuklah keracunan dalam darah!

    Mari ikuti perbincangan ini dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkan di sini.

    Bisul tiada mata, apa tu?

    Jenis bisul tanpa mata adalah bisul yang tidak mempunyai titik mata berwarna putih di tengahnya.

    Bisul mampu terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kawasan folikel rambut dan juga tisu di sekitarnya.

    Ia juga berisiko menjejaskan banyak bahagian badan seperti muka, leher, ketiak, punggung, paha mahupun bahagian intim.

    Selain itu, anda mungkin mempunyai lebih daripada 1 bisul pada satu masa dan selalunya, ia bukan keadaan yang serius dan boleh dirawat.

    Apa penyebab bisul tiada mata?

    Salah satu penyebab bisul yang utama adalah akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus. Jenis bakteria inilah juga yang menjadi penyebab bisul tanpa mata.

    Bakteria Staphylococcus aureus dapat masuk ke dalam tubuh melalui folikel rambut, kulit yang tercalar atau terluka sehingga menjangkiti kulit di sekitarnya.

    Beberapa bisul yang muncul juga mampu disebabkan oleh jangkitan daripada rambut yang tumbuh ke dalam, yang kebiasaannya disebabkan oleh tabiat bercukur dikenali sebagai folikulitis.

    Siapa berisiko mengalami jenis bisul tanpa mata?

    Untuk makluman pembaca, sesiapa saja boleh mengalami bisul tanpa mata.

    Akan tetapi, risiko kalian untuk mengalami bisul semakin tinggi apabila:

    jenis bisul tanpa mata

    • Penderita diabetes
    • Tidak menjaga kebersihan diri dengan baik
    • Melakukan kontak rapat dengan mereka yang mengalami jangkitan bakteria Staphylococcus
    • Memiliki penyakit kulit kronik, seperti jerawatĀ atauĀ ekzema
    • Memiliki sistem kekebalan tubuh lemah yang disebabkan oleh jangkitan, seperti HIV

    Simptom-simptom

    Secara umumnya, beberapa gejala jenis bisul tanpa mata merangkumi:

  • Mual
  • Menggigil
  • Demam
  • Kulit yang dijangkiti menjadi merah, membengkak, dan terasa sakit
  • Bisul boleh ancam nyawa, betul ke?

    Seperti yang telah dimaklumkan di atas, punca bisul biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria Staphylococcus aureus yang merebak.

    Jika tidak dirawat dengan sewajarnya, septicemia (jangkitan saluran darah yang serius) disebabkan bakteria itu boleh masuk ke aliran darah dan menjangkiti organ lain termasuklah tulang dan injap jantung.

    Apa yang lebih merisaukan, jangkitan ini berisiko merebak ke organ-organ penting!

    Maka, hal ini dikhuatiri boleh mengancam nyawa terutamanya apabila pesakit sudah pun menghidap komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang atau hati.

    Menurut pakar, bagi menangani bisul, pesakit perlu memberi perhatian yang lebih kepada masalah yang dialaminya terutama melibatkan kawasan yang terjejas.

    Di samping itu, biasanya lelaki dalam usia emaja atau dewasa lebih mudah untuk mendapat bisul berbanding kanak-kanak mahupun wanita.

    jenis bisul tanpa mata

    Risiko komplikasi jenis bisul tanpa mata adalah lebih tinggi kepada pesakit berimunisasi rendah seperti diabetes, individu obes, wanita mengandung dan pesakit kanser.

    Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, ekzema, alahan atau mempunyai kulit yang terlampau berminyak turut berisiko mengalami komplikasi jenis bisul tanpa mata.

    Antara rawatan yang diberikan, pesakit biasanya akan menjalani rawatan antibiotik oral seperti sulfamethoxazole/trimethoprim, mupirocin, cephalexin, clindamycin, doxycycline atau vancomycin.

    Manakala bagi bisul besar bersaiz 2 sentimeter ke atas pula, prosedur ringkas untuk membuang nanah yang terkumpul mungkin dilakukan bagi mencegah ia daripada melarat.

    Ingin penulis tekankan, pesakit harus sentiasa beringat agar tidak sesekali memicit atau mencucuk bisul kerana berisiko membuatkan ia bertambah parah.

    Akhir kata, sekiranya anda mengalami bisul dan mempunyai kebimbangan atau persoalan, segera dapatkan khidmat nasihat serta rawatan daripada doktor. Jangan dibiarkan sahaja, okey!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah Ā· Disemak pada 17/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan