backup og meta

Pakai Topi Dan Tudung Boleh Bawa Masalah Rambut Gugur Banyak, Fakta Ke Auta?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    Pakai Topi Dan Tudung Boleh Bawa Masalah Rambut Gugur Banyak, Fakta Ke Auta?

    Mungkin ada yang percaya bahawa jika individu kerap pakai topi, tudung atau sebarang penutup kepala, ia boleh membawa kepada punca rambut gugur banyak.

    Ya, penyataan ini mungkin akan membuat orang ramai mula rasa bimbang dan takut kerana majoriti masyarakat kita sering menggunakan aksesori topi mahupun tudung atas pelbagai faktor.

    Persoalannya, adakah benar pakai topi, tudung dan lain-lain boleh bawa masalah keguguran rambut? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Rambut gugur banyak akibat kerap tutup kepala?

    Di Malaysia, individu mungkin akan pakai topi dan tudung (untuk wanita) atas pelbagai faktor seperti cuaca serta agama yang menghendaki mereka untuk memakainya.

    Meskipun tujuan tersebut baik, namun ia turut dipercayai boleh jadi punca masalah seperti rambut gugur banyak dan kebotakan rambut.

    Ia dipercayai akibat rambut dan kulit kepala yang tidak mendapat udara dari luar untuk bernafas, sekali gus membawa kepada masalah rambut di atas tadi.

    Pun begitu, penyataan ini masih boleh didebatkan kerana ia perlu dibuktikan secara saintifik!

    rambut gugur banyak

    Apa pula kata pakar tentang perkara ini?

    Dalam sebuah kajian yang melibatkan 92 pasangan kembar, didapati bahawa pasangan yang kerap pakai topi hanya mengalami sedikit keguguran rambut pada kawasan di sekitar dahi berbanding dengan pasangan yang tidak pakai topi.

    Ia mungkin dapat membuktikan bahawa penggunaan penutup kepala ini mungkin tidak akan mempengaruhi sebarang masalah rambut atau kulit kepala.

    Ini kerana isu rambut gugur banyak atau kebotakan rambut sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai lagi faktor risiko lain dan bukan kerana jika ia kerap tertutup.

    Pun begitu, Dr. John Anthony yang merupakan pakar bidang dermatologi dari Cleveland Clinic mempunyai pendapat yang mungkin akan mengubah fikiran anda.

    “Penggunaan penutup kepala seperti topi atau tudung yang terlalu ketat boleh jadi punca pengurangan pengaliran darah ke folikel rambut. Disebabkan itu, stres yang wujud pada folikel ini akan mengakibatkan rambut tercabut dari folikel”, jelasnya.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, kerap pakai topi atau tudung yang terlalu ketat mungkin boleh membawa isu rambut gugur banyak atau kebotakan.

    Apa lagi punca lain masalah pada rambut?

    Menurut laman sesawang Mayo Clinic, individu mungkin akan kehilangan kira-kira 100 helai rambut setiap hari dan ia adalah sesuatu yang normal.

    Ia mungkin bukan disebabkan oleh isu rambut gugur banyak atau kebotakan, sebaliknya hanya sekadar proses penggantian rambut lama dengan yang baru.

    rambut gugur banyak

    Pun begitu, masalah rambut gugur banyak atau botak mungkin akan berlaku berterusan jika proses ini terganggu akibat beberapa faktor risiko seperti berikut:

    Keguguran rambut akibat #1. Genetik

    Jika anda ada ahli keluarga dengan masalah rambut gugur atau botak, maka anda juga lebih tinggi risiko untuk mengalami masalah yang sama seperti mereka.

    Tambahan itu, lelaki lebih cenderung mengalami masalah kebotakan pada tengah kepala manakala wanita pula cenderung mengalami masalah penipisan rambut.

    #2. Perubahan hormon tubuh badan

    Seperti mana proses dalam tubuh badan yang lain, rambut yang tumbuh atau gugur boleh dipengaruhi oleh perubahan hormon pada tubuh badan individu.

    Situasi seperti kehamilan, kelahiran, menopaus dan masalah tiroid boleh menjejaskan kadar hormon sekali gus menyebabkan masalah pada rambut individu.

    #3. Kondisi penyakit yang tertentu

    Penyakit seperti kencing manis, lupus atau kulat pada kulit boleh membawa kepada isu keguguran rambut sekali gus kebotakan rambut di kepala.

    #4. Pengambilan ubat atau suplemen

    Segelintir individu mungkin akan mengalami masalah ini setelah mengambil beberapa jenis ubat atau suplemen tertentu untuk tujuan merawat kondisi:

    • Kanser
    • Gout
    • Artritis
    • Tekanan darah tinggi
    • Penyakit organ jantung

    rambut gugur banyak

    Keguguran rambut akibat #5. Stres

    Kerap stres dikaitkan dengan kondisi keguguran rambut dan salah satu komplikasi yang dikatakan adalah alopecia areata akibat stres dari kondisi autoimun.

    Selain itu, wujud juga kondisi trichotillomania di mana individu dengan sengaja menarik rambut mereka sehingga tercabut dari akarnya akibat stres.

    Secara keseluruhannya pula, kerap stes sama ada dari aspek fizikal atau emosional akan menyebabkan penipisan rambut yang mungkin bersifat sementara.

    #6. Penggayaan rambut tidak sesuai

    Akhir sekali, anda juga mungkin akan mengalami masalah keguguran rambut akibat penggayaan yang tidak sesuai buat jenis rambut anda itu sendiri.

    Sebagai contoh, penggayaan seperti pigtails atau cornrows boleh menjadi punca masalah traction alopecia yang terjadi apabila rambut mengalami tekanan.

    Begitu juga dengan penggayaan perms yang akan merosakkan folikel rambut di kepala dan boleh jadi punca rambut tercabut dari akarnya dan berparut.

    Konklusinya, tabiat pakai topi atau tudung mungkin tidak akan menyebabkan isu keguguran rambut melainkan jika ia dipakai dengan terlalu ketat.

    Sekiranya anda mengalami masalah ini dengan terlalu teruk sehingga menyebabkan botak sebelum usia, segera berjumpa doktor untuk diagnosis terlebih dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan