backup og meta

Minyak Kelapa Boleh Lebatkan Rambut? Ada 7 Pilihan Minyak Natural Untuk Mahkota Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/11/2022

    Minyak Kelapa Boleh Lebatkan Rambut? Ada 7 Pilihan Minyak Natural Untuk Mahkota Anda

    Selepas siap mandi dan mencuci rambut, sekarang tiba masa untuk merapikan rambut agar mahkota anda tampak lebih kemas dan cantik. Pada ketika ini, penggunaan minyak rambut sangat penting untuk memudahkan proses itu! Namun, minyak apa anda patut guna?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa anda perlu pakai minyak rambut?

    Ada individu yang gemarkan dry look di mana rambut tampak kering dan semula jadi tanpa sebarang penggunaan produk, namun lebih ramai yang suka wet look kerana tampak anggun dan elegan.

    Dalam usaha untuk itu, penggunaan minyak rambut adalah sangat penting kerana ia memudahkan proses menyisir, menyikat dan membentuk mahkota agar kelihatan seperti yang anda inginkan.

    Tidak hanya itu, penggunaan minyak juga akan membantu merawat segala masalah pada mahkota termasuk kekusutan, kedegilan, kerosakan, hujung bercabang dan banyak lagi isu-isu berkaitan.

    Mungkin di pasaran kini sudah wujud banyak produk seperti krim, gel, wax, pomade atau macam-macam lagi yang boleh digunakan, tetapi minyak dengan bahan alami atau semula jadi masih relevan hingga kini.

    Jadi, minyak apa anda patut pakai di mahkota? Sebenarnya, ia berbeza bergantung pada individu!

    minyak rambut

    Minyak rambut apa anda patut pakai?

    Meskipun ramai percaya bahawa variasi minyak boleh digunakan pada rambut, namun bukan semua sesuai, contohnya minyak gamat, angin atau tanah tidak boleh diletakkan pada rambut. Jangan asal guna sahaja, sila kaji dan selidik dahulu.

    Untuk pengetahuan anda semua, berikut adalah beberapa jenis minyak individu patut pakai di kepala:

    #1. Minyak kelapa paling bagus

    Pertama dan paling utama, anda boleh menggunakan minyak kelapa di mahkota anda tanpa perlu risau sama ada ia sesuai atau tidak kerana ia ideal untuk semua jenis dan masalah rambut yang anda hadapi.

    Tidak kurang dengan itu, kandungan vitamin dan mineral yang kaya di dalamnya juga membantu anda menyuburkan kembali kulit kepala lantas mampu menumbuhkan dan melebatkan rambut.

    #2. Minyak zaitun untuk rambut

    Selain minyak di atas, minyak zaitun untuk rambut juga sangat sesuai untuk digunakan ekoran ia mampu menjadi pelindung terhadap air lantas mencegah kelembapan daripada menjejaskan rambut.

    Dengannya, rambut anda akan tampak lebih lembap secara semula jadi. Namun, diingatkan untuk anda tidak menggunakannya dengan kerap dan banyak di kulit kepala, atau rambut individu akan lebih berminyak.

    #3. Minyak argan jika keriting

    Buat anda dengan mahkota yang curly, frizzy atau keriting, minyak argan begitu sesuai digunakan kerana ia mampu melembutkan sekali gus memudahkan individu untuk menggayakan rambut.

    Dalam pada itu, ia turut tinggi dengan kandungan asid lemak dan variasi vitamineral yang mampu menguatkan struktur dan fungsi dari dalam akar hingga hujung rambut agar ia dapat kekal sihat.

    minyak rambut

    Kalau rambut kering #4. Minyak marula

    Sedih apabila tengok rambut sering kering, kusut dan kusam bukan? Demi mengatasinya, anda boleh menggunakan minyak marula yang tinggi vitamin C selain mampu membantu mencegah mahkota anda daripada rosak dek sinaran cahaya matahari.

    #5. Rambut gugur guna minyak rambut baobab

    Sarat dengan vitamin A, D, E, F dan asid lemak, minyak ini boleh membantu proses penghidratan semula jadi mahkota anda. Ini kerana gabungan khasiat tadi mampu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu sekali gus melebatkan rambut.

    #6. Minyak kacang badam basmi kelemumur

    Kelemumur adalah salah satu isu kulit kepala yang paling umum dan berat bagi individu. Ia bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan dan kecantikan rambut malah tahap keyakinan anda juga.

    Oleh itu, gunakan minyak kacang badam yang mengandungi antioksidan, protein, magnesium dan lain-lain nutrisi pada mahkota agar isu kegatalan serta kemerahan angkara kelemumur selesai.

    minyak rambut

    Kalau rambut rosak #7. Minyak kacang macadamia

    Sekiranya rambut anda telah rosak, minyak kacang macadamia boleh membantu merawat isu ini!

    Sifat alaminya yang mampu melembapkan kulit kepala akan memperbaiki dan menghalusi rambut agar ia kembali sihat seperti sediakala. Maka, gunakan minyak ini sebagai masker di kepala.

    Mungkin ada banyak lagi minyak tradisional daripada bahan dapur yang anda boleh pakai di kepala dan mahkota anda. Namun, keberkesanan minyak-minyak ini masih memerlukan kajian lanjutan.

    Konklusinya, anda tidak perlu lagi pening kepala jika malas untuk ke farmasi atau pasar raya bagi mencari dan membeli produk sesuai untuk rambut. Gunakan minyak rambut di atas dan anda akan dapat lihat hasilnya selepas sekian waktu yang tertentu!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan