Serum ini diformulasi dengan vitamin C 5000 mg sebagai bahan utama.
Cosmoderm Glow-C Super Boosting Serum ini dapat melembut, mencerah dan melembapkan kulit supaya anda boleh mendapatkan wajah yang glowing dan bebas daripada kedutan halus.
Sekiranya anda mempunyai masalah hiperpigmentasi dan bintik gelap pada muka, ini merupakan serum muka terbaik untuk anda. Ia bebas paraben, SLES dan juga pewangi, sesuai untuk semua jenis kulit wajah.
Tip: Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang dapat melawan toksin (radikal bebas) yang datang daripada persekitaran kita. Penggunaan vitamin C dapat melindungi kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
7. The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5
The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 mengandungi 3 jenis asid hialuronik dengan saiz molekul yang berbeza. Ia dapat meresap jauh ke dalam kulit dan menguatkan skin barrier.
Dengan formulasi berasaskan air, serum juga dapat memberikan hidrasi yang berpanjangan. Kandungan vitamin B5 pula dapat meningkatkan keberkesanan asid hialuronik untuk memastikan kulit anda sentiasa lembut dan tampak muda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen