Penjagaan kulit wajah memerlukan rutin yang lengkap dengan produk seperti pencuci, toner, serum, esen, pelembap, pelindung matahari dan banyak lagi. Namun, masih ramai yang mungkin lupa untuk membeli dan memakai facemist terbaik! Kenapa?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Penjagaan kulit wajah memerlukan rutin yang lengkap dengan produk seperti pencuci, toner, serum, esen, pelembap, pelindung matahari dan banyak lagi. Namun, masih ramai yang mungkin lupa untuk membeli dan memakai facemist terbaik! Kenapa?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Sesuai dengan namanya, ia adalah sejenis produk cecair yang digunakan dengan cara disemburkan ke kulit muka seperti konsep botol aerosol. Kebiasaannya, facemist diamalkan sebagai sentuhan akhir selepas individu itu siap pakai produk lain dan solekan.
Kebanyakan produk ini mengandungi bahan-bahan yang mampu menghidrat serta menyegarkan kulit wajah. Antara ciri yang membezakannya dengan produk lain adalah ia memiliki sifat astrigen.
Dalam pada itu, face mist terbaik mempunyai pelbagai kandungan vitamin dan mineral yang bakal membuatkan kulit muka tampak lebih muda, sihat dan bermaya. Maka, ia penting di dalam rutin penjagaan wajah setiap orang.
Namun, masih ramai individu yang belum tahu akan kepentingan menggunakan produk ini lantas tidak memasukkan face mist ke dalam rutin penjagaan kulit muka, sedangkan ia banyak manfaat.
Pertama, anda kena tahu tujuan utama produk ini digunakan adalah untuk membuat solekan pada kulit muka itu tahan lebih lama. Ia juga akan memberi lebih kilauan agar wajah lebih menyerlah.
Lama-kelamaan, produk ini telah ditambahkan dengan pelbagai bahan-bahan penting seperti asid hyaluronik, glisolik, mandelik, kolagen serta pelbagai jenis vitamin dan mineral yang bagus untuk kulit.
Baca lagi artikel berkaitan:
Di samping dapat mengekalkan solekan pada tempoh masa lebih panjang, dalam masa yang sama ia turut mampu menghidrat dan menyegarkan kulit muka anda. Jadi, individu perlu mula fikir untuk mencari face mist terbaik yang wujud di pasaran.
Apa yang mungkin agak mengelirukan adalah ada pelbagai jenis produk mengikut kesesuaian jenis kulit anda masing-masing. Kesilapan memilih dan membeli mungkin akan beri kesan sampingan.
Sebelum memburu produk facemist terbaik di farmasi atau gedung kecantikan, perkara pertama yang perlu anda buat adalah dengan mengenali dan mengetahui jenis kulit muka terlebih dahulu.
Ini kerana bahan-bahan di dalam produk yang anda perlukan mungkin berbeza bergantung kepada jenis kulit:
Sekiranya anda ingin menggunakan facemist terbaik untuk mengekalkan solekan agar tahan lebih lama, gunakan produk yang bebas daripada alkohol kerana ia boleh mengeringkan kulit wajah.
Selanjutnya jika ingin mendapatkan kulit muka yang awet muda, gunakan facemist terbaik dengan vitamin penting yakni C dan E selain bahan tambahan semula jadi seperti ekstrak buah sitrus.
Dahulu, face mist itu mungkin hanya dicipta untuk satu tujuan sahaja yakni mengekalkan solekan. Kini, ia telah berevolusi menjadi produk dengan lebih daripada satu fungsi yang bagus untuk kulit.
Sebagai contoh, sudah wujud produk yang menggabungkan fungsi face mist bersama serum, esen, toner sekali gus menjadikannya produk 3 dalam 1. Ini bakal menjimatkan wang serta masa anda.
Tidak kurang dengan itu, ia juga biasa dicampurkan dengan bahan SPF yang sangat penting untuk produk pelindung matahari. Dengannya, kulit anda akan lebih terlindung dek sinaran bahaya UV.
Bagi anda yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat pula, jangan khuatir untuk cuba pakai face mist kerana ia hanya akan menghidratkan kulit namun bukan melembapkan, jadi tidak akan memudaratkan lagi masalah kulit anda itu.
Konklusinya, sudah ada banyak produk facemist terbaik di pasaran mengikut kesesuaian jenis dan masalah kulit yang anda hadapi. Dapatkan info dan nasihat pakar kulit untuk tahu lebih lanjut!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen