Kita semua sedia maklum bahawa lidah buaya memang bagus untuk kulit tetapi apa pula kelebihan atau kebaikan aloe vera untuk muka secara spesifik? Sebenarnya, mungkin ada banyak! Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kita semua sedia maklum bahawa lidah buaya memang bagus untuk kulit tetapi apa pula kelebihan atau kebaikan aloe vera untuk muka secara spesifik? Sebenarnya, mungkin ada banyak! Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, lidah buaya adalah sejenis pokok berwarna hijau, berdaun tebal, berbatang dan berlendir di mana gel yang wujud di dalam tumbuhan ini ada banyak manfaat.
Tumbuhan yang turut popular dengan nama aloe vera ini biasa digunakan di dalam produk kulit kerana ia tinggi dengan vitamin dan mineral yang dikatakan bagus untuk organ terbesar manusia ini.
Dalam pada itu, gel lidah buaya juga bersifat antiradang, antioksidan serta antimikrob sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu bahan semula jadi yang bagus untuk kulit individu.
Memandangkan ia juga banyak tumbuh di Malaysia, masyarakat kita dahulu memang sudah lama menggunakan ia dalam usaha untuk mencantikkan kulit. Namun, adakah ia benar efektif?
Di pasaran kini, telah wujud banyak produk aloe vera untuk muka yang telah membawa keyakinan tentang kegunaan tumbuhan ini terhadap organ terbesar tubuh badan.
Alasannya, mungkin wujud banyak kelebihan dan kebaikan aloe vera untuk muka seperti berikut:
Gel lidah buaya dipercayai boleh membantu melembapkan kulit muka kerana tumbuhan ini tinggi dengan kandungan air (H20) yang tentu sahaja bagus kalau anda ada masalah kulit kering.
Gel lidah buaya dipercayai turut membantu mencerahkan kulit muka hasil agen Aloesin dan Aloin yang mampu mengurangkan sel melanin lantas membuat kulit lebih putih, licin dan lembut.
Kebanyakan produk dan testimoni kulit di pasaran kini mempercayai aloe vera sebagai salah satu bahan kandungan yang utama ekoran ia memiliki sifat antiradang, antioksidan serta antimikrob.
Dengan sifat-sifat di atas berserta variasi nutrien yang ada di dalam gel lidah buaya ini, ia mampu untuk membunuh bakteria punca jerawat dan dalam masa sama mencegah ia daripada berulang.
Manfaat aloe vera untuk muka yang seterusnya adalah ia mungkin mampu mengecilkan liang pori pada kulit muka sekali gus akan membantu individu dalam usaha mencegah masalah di atas.
Bukan hanya itu, pengecilan liang pori di kulit wajah turut membantu mengurangkan kesan kedut atau kerut yang sedia ada. Hasilnya, anda mampu untuk tampil lebih cantik serta awet muda.
Terdapat banyak isu pada kulit yang turut boleh diselesaikan dengan gel aloe vera termasuk kesan luka, iritasi, alergi atau penyakit kulit terutama ekzema, dermatitis, psoriasis dan lain-lain.
Pun begitu, diingatkan juga bahawa tumbuhan ini bukan ubatan atau rawatan utama untuk segala isu yang dibangkitkan di atas. Dapatkan nasihat lebih lanjut daripada doktor pakar dermatologi.
Dalam erti kata mudah, memang benar aloe vera untuk muka itu ada banyak manfaat dan ia boleh membantu anda merawat kulit agar ia lebih cantik dan sihat. Tetapi, bagaimana cara pakainya?
Sebenarnya, cara pakai aloe vera di muka tidak sukar, anda cuma kena ikut langkah di bawah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen