#4. Tanda hitam di kuku kaki: Kesan ubat yang tertentu
Bukan hanya disebabkan oleh kondisi itu sendiri, kuku yang gelap itu juga diakibatkan oleh kesan pengambilan ubatan tertentu terutama jika ia berdos tinggi dan berjangka masa panjang.
Antara jenis ubat yang boleh jadi punca masalah ini adalah antiviral, antibiotik, ubat kimoterapi serta lain-lain. Ini mungkin hanya kesan sampingan ubatan yang ringan sahaja tetapi jika masih kekal lama, dapatkan nasihat daripada pakar tentangnya.
#5. Pigmen kulit yang terkesan
Pigmen kulit boleh terkesan akibat kondisi-kondisi tertentu seperti diabetes, anemia dan penyakit berkaitan organ seperti ginjal dan jantung. Akibatnya, kulit anda boleh jadi lebih gelap.
Termasuk warna kuku, perubahan pada warna kulit ini akan kekal dari saat anda mula menghidap penyakit-penyakit di atas dan sukar untuk menjadi normal semula. Sebaiknya, rawat kondisi tersebut terlebih dahulu untuk menormalkan kembali kuku anda.
Konklusinya, jawapan untuk soalan kuku hitam tanda penyakit apa mungkin sudah ada di atas. Sebarang kekeliruan dan keresahan tentang kuku kaki hitam tanda penyakit apa perlu dibawa ke doktor untuk lebih kepastian.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen