backup og meta

Penat Asyik Garu Badan Sebab Gatal, Jangan Risau Ikut 5 Petua Berkesan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 2 minggu lalu

    Penat Asyik Garu Badan Sebab Gatal, Jangan Risau Ikut 5 Petua Berkesan Ini!

    Menggaru kulit bagai nak gila merupakan situasi menjengkelkan yang terpaksa dirasai oleh individu yang mengalami kegatalan badan. Jangan terlalu asyik garu kulit anda kerana ia akan jadi semakin mudarat! Sebaiknya, ikuti sahaja cara hilangkan gatal badan yang kami akan cadangkan di dalam artikel ini.

    Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk melegakan rasa miang pada seluruh badan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa penyebab gatal miang seluruh badan?

    Sebelum kita pergi lebih mendalam lagi mengenai cara hilangkan gatal badan, ayuh kenal pasti penyebab keadaan ini berlaku pada tubuh badan anda terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, masalah kegatalan kulit ini juga dikenali sebagai pruritus, iaitu kulit gatal yang biasa terjadi berpunca daripada kulit kering.

    Kebiasaannya, ia kerap terjadi pada golongan tua kerana mereka lebih cenderung untuk mengalami kekeringan kulit seiring dengan peningkatan usia.

    Kulit yang gatal juga boleh terjadi disebabkan perubahan cuaca sekeliling, penyakit kulit tertentu, mengandung, gigitan serangga, alahan, pengambilan ubat tertentu, diabetes, dan juga penyakit HIV/AIDS.

    cara hilangkan gatal badan
    4 jenis alahan kulit disebabkan cuaca.

    Selain daripada merasa gatal, anda juga akan mengalami simptom berikut:

    • Benjolan, bintik atau lepuh
    • Kulit kering dan merekah
    • Kulit bersisik

    5 petua hilangkan gatal kulit akibat hama di rumah

    Berikut merupakan petua hilangkan gatal kulit akibat hama di rumah yang anda boleh cuba:

    Cara hilangkan gatal badan #1. Pasang pelembap udara

    Pelembap adalah sejenis peranti yang membebaskan wap air ke udara. Ia berfungsi untuk meningkatkan jumlah kelembapan di udara dan mengurangkan ketidakselesaan anda disebabkan udara yang terlampau kering.

    Menggunakan pelembap udara pada waktu malam juga boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih selesa.

    #2. Sapu krim pelembap, antara cara hilangkan gatal badan

    Penggunaan krim pelembap sebenarnya penting untuk melembapkan lapisan luar kulit anda. Anda perlu memilih pelembap yang sesuai bergantung pada jenis kulit anda dan tahap kekeringan yang anda alami.

    Sapukan krim pelembap anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari sejurus selepas anda mandi kerana ini akan dapat melembapkan semula kulit anda.

    Pastikan anda mendapat nasihat daripada pakar dermatologi terlebih dahulu untuk menentukan jenis krim pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit anda.

    #3. Cara hilangkan gatal badan terbaik dengan memakai fabrik yang sesuai

    Elakkan daripada menggunakan fabrik yang kasar atau berbulu yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi semakin sensitif dan gatal. Sebaiknya, pilih fabrik yang diperbuat daripada kapas dan sutera.

    #4. Jangan mandi dengan air panas

    ubat gatal badan
    Mandi air panas boleh menyebabkan kegatalan kulit.

    Hadkan masa mandi anda dalam 10 minit sahaja dan jangan mandi dengan menggunakan air yang sangat panas. Ini kerana air panas boleh menghilangkan kelembapan kulit anda.

    Cara hilangkan gatal badan #5. Gunakan ais pada kawasan kulit yang gatal

    Letakkan kain lap sejuk atau ais yang dibalut dengan tuala di atas kawasan kulit anda yang gatal selama 5 hingga 10 minit untuk menenangkan kulit anda.

    Elakkan ubat gatal kulit tradisional ini!

    Terdapat beberapa petua yang mungkin kelihatan seperti idea yang baik tetapi ia harus dihindari bagi memastikan kegatalan badan anda tidak menjadi semakin teruk.

    Berikut merupakan cara rawat gatal yang anda perlu hindari:

    #1. Pelembap yang mengandungi wangian

    Anda perlu membaca setiap bahan kandungan yang terdapat dalam produk pelembap kulit sebelum anda membelinya.

    Ini kerana, kandungan wangian dalam pelembap boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif dan mengalami keradangan.

    Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar dermatologi dahulu sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai keadaan kulit atau penentuan pemilihan produk yang sesuai untuk kulit anda.

    #2. Aloe vera

    kesan aloe vera
    Keburukan aloe vera untuk kulit.

    Ramai yang menyangka bahawa aloe vera merupakan cara hilangkan gatal badan yang terbaik kerana ia dipercayai dapat menenangkan dan melembapkan kulit anda.

    Walaupun bahan ini kebiasaannya boleh membantu untuk menyelesaikan masalah sunburn, namun ia tidak sesuai digunakan untuk merawat kulit anda yang gatal.

    Ini kerana, sesetengah produk aloe vera kebiasaannya mengandungi bahan pewangi, pengawet, pewarna atau alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang sensitif.

    #3. Bahan kimia dalam sabun penyebab gatal miang seluruh badan

    Sesetengah sabun juga boleh menyebabkan kulit anda berasa gatal. Justeru, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan sabun yang tidak berbau wangi dan hypoallergenic.

    Sabun jenis ini tidak mengandungi pewarna atau pewangi yang boleh merengsakan kulit anda.

    Elakkan juga menggunakan pelembut fabrik apabila membasuh pakaian atau cadar anda kerana ia juga boleh menyebabkan keradangan kulit dan gatal miang seluruh badan anda.

    Kesimpulan

    Masalah kegatalan badan sememangnya boleh menjejaskan kegiatan harian kita. Jika petua hilangkan gatal kulit akibat hama di rumah ini tidak berkesan untuk mengurangkan simptom anda, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan