backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

WOW! Berbekam Pada Muka Boleh Bantu Kurangkan Jerawat? Menarik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/01/2023

    WOW! Berbekam Pada Muka Boleh Bantu Kurangkan Jerawat? Menarik!

    Tahukah anda bekam sebenarnya boleh mengurangkan pembentukan jerawat pada muka? Ya! Kaedah bekam muka jerawat ini telah banyak diamalkan di seluruh dunia. Tetapi bagaimana ia bertindak dalam mengurangkan jerawat? Ini yang anda perlu ketahui mengenai bekam muka hilangkan jerawat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Teknik berbekam

    bekam muka jerawat

    Teknik bekam yang berbeza digunakan bergantung kepada matlamat terapeutik.

    Bekam api adalah satu teknik di mana cawan diletakkan dengan pantas dan berulang kali berdekatan antara satu sama lain pada kawasan badan.

    Cawan gelongsor pula adalah teknik apabila bahan pelincir, jeli petroleum atau balsem lilin, disapu pada kawasan badan.

    Cawan kemudiannya diletakkan di atas balsem dan digosok berulang kali di seluruh kawasan badan.

    Kedua-dua teknik ini dianggap sebagai bekam kering dan sangat baik untuk sakit otot, selesema biasa, dan kesesakan dada.

    Bekam berdarah yang juga dipanggil bekam basah, adalah teknik yang agak berbeza dengan bekam kering.

    Melalui teknik ini, kulit dicucuk dengan jarum halus dan cawan diletakkan di atas kawasan itu.

    Sedutan daripada cawan akan mengeluarkan darah melalui cucukan yang telah dibuat.

    Pendarahan dianggap dapat menghilangkan haba dari badan.

    Bekam basah lebih kerap digunakan untuk mengurangkan masalah bengkak, keradangan, dan mengeluarkan haba dari badan.

    Bekam muka jerawat: Bagaimana ia berfungsi?

    bekam muka jerawat

    Dalam perubatan tradisional Cina, jerawat dianggap berpunca daripada haba, kelembapan dan genangan pada kulit.

    Bekam basah khususnya, digunakan untuk mengurangkan masalah jerawat kerana ia boleh menghilangkan haba dan genangan ini.

    Bekam basah dikatakan mempunyai kesan antioksidan dan antiradang, yang mungkin menjadi sebab ia boleh membantu dalam beberapa keadaan kulit.

    Terdapat beberapa kajian dan laporan kecil yang menjelaskan mengenai keberkesanan bekam basah atau gabungan dengan terapi lain, telah berjaya dalam merawat masalah jerawat.

    Bekam muka jerawat dikatakan boleh melegakan masalah jerawat terutamanya untuk jerawat radang dan sista.

    Dalam perubatan Cina, bekam sering digabungkan dengan beberapa kaedah lain seperti akupunktur atau ubat herba untuk mendapatkan hasil yang maksimum. 

    Cara melakukan bekam muka hilangkan jerawat

    Cawan bekam diletakkan pada bahagian muka atau badan yang berlainan untuk tujuan dan keadaan yang berbeza.

    Sebagai contoh, bagi masalah kesesakan dada, cawan bekam sering diletakkan pada bahagian atas dada.

    Namun untuk masalah sakit belakang, ia akan dilakukan pada bahagian belakang badan anda.

    Apabila merawat keadaan atau masalah jerawat, matlamatnya adalah untuk mengeluarkan haba dan toksin daripada wajah.

    Dalam amalan perubatan Cina, ia biasanya dilakukan pada bahagian belakang badan.

    Walaupun jerawat muncul pada muka atau dada, bekam paling kerap dilakukan pada belakang badan. 

    Kesan bekam muka jerawat 

    bekam muka jerawat

    Kajian analisis mengenai bekam basah menyimpulkan bahawa, bekam secara bersendirian atau digabungkan dengan rawatan herba adalah lebih berkesan daripada rawatan herba sahaja.

    Bekam yang digabungkan dengan akupunktur juga didapati lebih bermanfaat daripada akupunktur sahaja.

    Dalam satu kajian kecil mengenai gabungan rawatan bekam muka jerawat dan pelitup muka herba, majoriti pesakit menyatakan bahawa terdapat peningkatan yang ketara terhadap kulit mereka.

    Satu lagi kajian yang mengkaji bekam basah mendapati bahawa, 10 daripada 11 individu yang ada jerawat mengalami perubahan simptom yang lebih baik pada kulit mereka.

    Kajian ini menunjukkan potensi manfaat bekam sebagai rawatan tambahan untuk mengurangkan jerawat.

    Namun, lebih banyak kajian sokongan diperlukan untuk menguatkan kajian-kajian sebelum ini.

    Inilah antara kesan dan manfaat bekam di dahi

    Kesimpulan

    Kini anda telah tahu apakah manfaat dan kesan bekam pada muka berjerawat.

    Ia sememangnya boleh membantu mengurangkan pembentukan jerawat pada kulit.

    Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat profesional jika ingin melakukan bekam ini.

    Cuba dapatkan bekam muka review bagi khidmat tersebut sebelum berbekam. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan