backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Nak Sarung Cincin Zakar Untuk Elak Tewas Awal, Encik Suami Boleh Bertahan Selama 30 Minit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/07/2023

    Nak Sarung Cincin Zakar Untuk Elak Tewas Awal, Encik Suami Boleh Bertahan Selama 30 Minit!

    Isu tewas awal ketika beraksi di ranjang bukanlah satu masalah asing lagi kerana ramai lelaki yang masih mengalaminya sehingga ke hari ini. Disebabkan itu, pelbagai cara telah dicuba oleh para lelaki termasuklah penggunaan alat permainan seks bernama cincin zakar!

    Persoalannya, adakah alat ini akan membantu menyelesaikan masalah tewas awal atau hanya bakal mengundang kemudaratan?

    Tenang, jom sama-sama kita semua ikuti artikel untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.

    Apa itu cincin zakar?

    Pertamanya, haruslah kita semua mengenali dan mengetahui apa sebenarnya alat yang dimaksudkan ini.

    Untuk pengetahuan anda, cincin zakar adalah sejenis alat permainan seks berbentuk seperti cincin yang digunakan pada zakar lelaki.

    Tujuan utama alat ini digunakan pada alat kemaluan lelaki adalah untuk membantu mengekalkan ereksi agar lebih kuat dan lama.

    Secara teorinya, cincin ini akan menekan lantas menyekat salur arteri pada zakar agar darah terkumpul bagi tujuan ereksi yang lebih baik.

    Selain memastikan ereksi yang mantap, alat permainan seks ini juga digunakan untuk tujuan seperti berikut:

    Sebelum menggunakannya, kalian haruslah tahu cara penggunaan yang betul melalui bacaan atau rundingan bersama doktor pakar terlebih dahulu ya?

    cincin zakar

    Bagaimana guna cincin zakar?

    Alat permainan seks ini mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah tewas awal yang lelaki alami tatkala berasmaradana dengan pasangan.

    Namun setiap perkara pasti akan mempunyai pro dan kontra yang tersendiri dan cincin ini juga boleh memudaratkan jika salah cara penggunaan.

    Sebelum menyarungnya pada zakar untuk memulakan penetrasi ke dalam faraj, sila ketahui beberapa perkara:

    Saiz

    Sama seperti kondom, ia datang dengan pelbagai saiz yang diukur melalui diameter kelebaran dan bukan kepanjangan zakar.

    Jadi, sila ukur diameter alat sulit anda terlebih dahulu bagi mengetahui saiz yang tepat agar tidak berlaku kesan sampingan kelak.

    Untuk lebih selamat, anda disarankan untuk membeli produk yang fleksibel atau free size.

    Material

    Juga seperti kondom, ia datang dengan pelbagai jenis material bahan pembuatan termasuklah silikon, getah, plastik, kulit serta logam.

    Jadi, sila ketahui terlebih dahulu sama ada anda mempunyai alahan terhadap bahan-bahan ini dan memilih yang paling sesuai.

    Sila dapatkan nasihat daripada doktor pakar sebelum membeli dan menggunakan alat ini.

    Pelincir

    Antara kesilapan utama dalam kalangan pengguna cincin zakar ini adalah terus menggunakannya tanpa sebarang bantuan pelincir.

    Bagi mengelakkan kekesatan yang akan mengakibatkan kerengsaan atau kecederaan alat sulit, sila gunakan pelincir seks yang sesuai.

    Terdapat banyak jenis pelincir yang boleh digunakan seperti yang berasaskan minyak, air mahupun silikon.

    cincin zakar

    Kebersihan

    Setiap alat permainan seks haruslah digunakan dengan berwaspada terutamanya bagi aspek kebersihan!

    Oleh itu, sila cuci cincin ini setiap kali sebelum atau selepas menggunakannya bagi membunuh kuman, bakteria atau virus penyebab penyakit jangkitan kelamin (STD).

    Kepelbagaian

    Tidak semestinya ia hanya boleh digunakan secara solo kerana anda juga boleh menggabungkannya bersama alat permainan seks yang lain.

    Alatan seperti dildo dan vibrator yang berbentuk seperti alat kelamin lelaki juga adalah kombinasi ideal untuk membantu merangsang pasangan.

    Berapa lama boleh guna alat permainan seks ini?

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, ramai lelaki menggunakan alat permainan seks ini bagi tujuan menyelesaikan masalah tewas awal.

    Ini bermakna, tujuan utama mereka menggunakannya sudah pasti untuk memanjangkan tempoh aksi asmara bersama pasangan sebelum ejakulasi.

    Pun begitu, kalian perlu tahu bahawa penggunaannya tidaklah akan membantu memanjangkan tempoh seks kepada beberapa jam ya?

    Ini kerana pakar seks telah menetapkan bahawa tempoh maksimum penggunaan cincin zakar adalah selama 30 minit sahaja!

    cincin zakar

    Dalam pada itu, turut ditegaskan bahawa anda dan pasangan perlu menunggu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggunakannya sekali lagi.

    Jika tidak, anda mungkin akan mengalami masalah pembengkakan zakar akibat salur arteri yang tersumbat dengan darah angkaranya.

    Jika tidak mahu dibawa ke hospital bersama alat ini terlekat pada alat kemaluan anda, sila pastikan untuk menggunakannya dengan berwaspada.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan