backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tip Elak Rasa Pedih Ketika Bersama Suami, Petua No.1 Paling Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 06/12/2023

    Tip Elak Rasa Pedih Ketika Bersama Suami, Petua No.1 Paling Berkesan!

    Masalah isteri kurang air sewaktu bersetubuh bukanlah satu isu baharu dalam aktiviti ranjang. Namun, masalah ini juga bukanlah langsung tiada solusinya. Ada banyak perkongsian di internet mengenai tips banyak air ketika bersama suami.

    Namun, bukan semua petua yang ada itu selamat untuk anda dan pasangan cuba. Jom ketahui tip isteri banyak air ketika seks.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kekeringan faraj punca senak ketika bersama suami?

    Sebelum kita membincangkan mengenai tips banyak air ketika bersama suami, anda perlu mengetahui punca  isteri berasa senak ketika bersama suami terlebih dahulu.

    Kekeringan faraj boleh menjadi punca projek asmara terganggu.

    Ia boleh terjadi kepada semua golongan wanita tanpa mengira usia dan juga boleh menjejaskan kualiti hidup wanita.

    Wanita yang mengalami kekeringan faraj akan berasa sakit dan senak ketika sedang bersenggama.

    Malah, vagina yang kering juga akan menyebabkan anda berasa pedih dan ‘ketat’ ketika duduk, bersenam dan membuang air kecil.

    Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan faraj anda terlalu kering dan pedih:

    • Perubahan hormon
    • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
    • Adegan foreplay yang tidak mencukupi sebelum bersama
    • Stres
    • Baru atau selepas menjalani haid

    Petua ketika bersama suami

    Petua menghasilkan banyak air ketika bersama suami boleh dibahagikan dengan dua kaedah iaitu secara semula jadi dan juga penggunaan ubat-ubatan.

    Berikut merupakan beberapa tips banyak air ketika bersama suami yang anda perlu tahu:

    Tips banyak air ketika bersama suami #1. Banyakkan aksi foreplay

    Sama seperti bersenam, seks juga sebenarnya memerlukan pemanasan badan.

    Untuk makluman anda, foreplay ini merupakan aktiviti fizikal seperti menyentuh, mencium, meraba dan membelai pasangan sebelum anda mula bersenggama.

    Ia bertujuan untuk menaikkan ghairah seksual antara pasangan untuk mendapatkan kepuasan yang diinginkan.

    Aksi ini dapat membantu meningkatkan rangsangan seksual anda bersama pasangan dan boleh meningkatkan pengeluaran pelinciran semula jadi.

    Semakin anda berasa ghairah dan terangsang, semakin banyak air yang akan keluar daripada vagina anda.

    tips banyak air ketika bersama suami

    #2. Gunakan pelincir yang bersesuaian

    Pelincir juga sebenarnya boleh membantu untuk melicinkan faraj wanita. Ia boleh mengurangkan geseran dan rasa sakit ketika anda sedang bersama.

    Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui jenis pelincir yang selamat untuk anda dan pasangan.

    Tips banyak air ketika bersama suami #3. Lakukan seks dengan kerap

    Faraj anda berkemungkinan kering kerana anda kurang melakukan seks. Stimulasi seksual boleh membantu meningkatkan aliran darah dan rembesan vagina, sekali gus melegakan masalah kekeringan faraj.

    Oleh itu, anda disarankan untuk kerap melakukan seks bersama pasangan bagi menggalakkan banyak air keluar semasa bersama.

    #4. Gel lidah buaya boleh jadi tips banyak air ketika bersama suami?

    petua bersama suami

    Gel lidah buaya sebenarnya dapat membuatkan faraj wanita menjadi semakin lembap selain ia juga baik untuk kecantikan wajah. Bukan itu sahaja, ia juga popular untuk merawat masalah kulit sunburn

    Campurkan gel lidah buaya ini bersama susu segar di kawasan faraj anda.

    Namun perlu diingatkan juga, cara ini mungkin memberi tindak balas yang berbeza untuk sesetengah wanita kerana tahap sensitiviti kulit tidak sama.

    Sebelum mencuba teknik ini, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor.

    #5. Ubah posisi ketika melakukan seks

    Kadangkala, posisi yang sama ketika melakukan seks juga boleh menyebabkan anda mengalami banyak geseran dan membuatkan faraj anda berasa pedih dan tidak selesa.

    Anda boleh mencuba posisi seks yang berbeza bagi mengenal pasti posisi yang paling sesuai dan tidak begitu sakit buat anda.

    Makanan tambah air mani wanita

    diet untuk wanita

    Sebenarnya, pengeluaran kuantiti air mani wanita juga boleh berpunca daripada amalan diet seharian. Jadi, anda boleh mengamalkan jenis makanan berikut untuk meningkatkan kesihatan miss V anda.

    • Kacang soya – Kacang soya mengandungi isoflavon, sejenis fitoestrogen yang boleh menyeimbangkan hormon dan membantu untuk pelinciran semula jadi
    • Buah avokado – Kaya dengan lemak yang sihat, potasium dan vitamin B-6 yang dapat meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi faraj
    • Epal – Satu epal sehari dapat meningkatkan pelinciran vagina dan merangsang fungsi seksual, rangsangan, orgasma serta lubrikasi faraj
    • Sayuran hijau – Tinggi dengan vitamin E, magnesium dan kalsium yang sangat bagus untuk semua otot dalam tubuh badan termasuklah otot faraj
    • Ubi kentang – Kaya dengan kandungan beta karotena dan vitamin A yang melindungi dan menguatkan dinding rahim wanita

    Kesimpulan

    Pelinciran merupakan aspek yang penting ketika anda bersenggama kerana ia boleh mempengaruhi tahap kepuasan dan keasyikan anda bersama pasangan.

    Sekiranya keadaan anda masih sama dan sering berasa pedih ketika berasmara, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi menerima rawatan yang bersesuaian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 06/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan