Ramai suami yang mungkin tidak tahu sama ada isteri mereka sudah puas dalam seks atau belum. Ini kerana mereka sendiri kurang faham atau ambil tahu tentang tanda perempuan klimaks.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ramai suami yang mungkin tidak tahu sama ada isteri mereka sudah puas dalam seks atau belum. Ini kerana mereka sendiri kurang faham atau ambil tahu tentang tanda perempuan klimaks.
Persoalannya, apa antara tanda-tanda wanita itu sudah mencapai orgasma? Teruskan membaca artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.
Buat anda yang belum tahu, klimaks, orgasma atau puncak syahwat merupakan suatu detik di mana individu itu mengalami puncak kenikmatan dan kepuasan dalam aktiviti seksual.
Bagi orang lelaki, puncak syahwat mereka disertai atau ditandai dengan keluarnya air mani daripada zakar. Dengan pengeluaran air ini, lelaki bakal merasai sensasi yang sangat luar biasa.
Disebabkan itu juga, kita dapat lihat bahawa banyak aktiviti persetubuhan itu melibatkan pergerakan yang memberi rangsangan atau dorongan kepada zakar untuk mengeluarkan air mani.
Aktiviti seperti kuluman, urutan, penetrasi alat kelamin dan lain-lain semua mampu membawa kesan klimaks!
Jadi, ia jelas menunjukkan matlamat utama hubungan seks bagi pasangan lelaki adalah demi memancutkan air mani mereka. Namun, perkara ini mungkin tidak sama untuk orang perempuan.
Persoalan utama yang perlu dijawab terlebih dahulu adalah, adakah wanita juga boleh mengeluarkan air mani? Untuk pengetahuan anda semua, orang perempuan juga mempunyai air mani.
Sama seperti lelaki, wanita juga boleh memancutkan air mani setelah menerima rangsangan serta dorongan pada alat kelamin mereka melalui pergerakan yang khusus secara berulang kali.
Pergerakan yang dimaksudkan itu tidak cuma boleh datang daripada penetrasi zakar pasangan sahaja.
Malah sentuhan pada anggota tubuh badan lain seperti jari, kuku, bibir, lidah, gigi dan banyak lagi turut boleh merangsang pasangan. Ini termasuk juga penggunaan alat mainan seks.
Perbezaannya, adalah agak sukar untuk membuat wanita squirt lantas dapat mencapai puncak syahwat mereka!
Ya, memang benar jika ia adalah antara tanda perempuan klimaks paling utama. Namun, lelaki juga perlu tahu bahawa ada banyak lagi tanda-tanda lain yang menunjukkan si isteri sudah puas.
Selain pengeluaran air mani daripada alat kelamin, puncak syahwat itu juga bakal menyebabkan rembesan hormon dalam tubuh badan, lantas mengakibatkan ‘kelegaan’ secara seksual.
Seperti mana kami nyatakan di atas tadi, tanda perempuan klimaks itu juga serupa seperti lelaki iaitu dengan keluarnya air mani daripada alat sulit masing-masing tetapi ada sedikit perbezaan.
Dipercayai bahawa air yang keluar dari faraj itu merupakan gabungan air mani, air mazi dan mungkin air kencing!
Apa yang lebih menarik, tanda perempuan klimaks itu tidak cuma boleh terjadi kepada alat kemaluan mereka. Malah, ia juga boleh berlaku pada bahagian tubuh badan yang lain termasuk:
Setelah salah satu atau semua jenis orgasme ini mampu dicapai, ada banyak tanda perempuan klimaks boleh dilihat.
Antaranya berserah jiwa raga, bernafas dengan perlahan, kemerahan kulit, kehilangan tenaga dan macam-macam lagi.
Sudah lumrah seorang lelaki yang selalunya kurang teliti dan tidak sedar, lantas mengabaikan tanda-tanda di atas ini.
Justeru, tanyakan secara terus dan jujur kepada pasangan anda untuk mengetahui jika mereka sudah puas.
Andai mereka kata masih belum puas, mungkin sudah tiba waktu untuk anda dan pasangan ‘berjuang’ di pusingan yang kedua mahupun mencari alternatif lain untuk si dia.
Konklusinya, ada banyak tempat atau zon yang perlu diteroka dan dirangsang oleh lelaki pada tubuh pasangan. Usah hanya fokus kepada faraj atau zakar sendiri sahaja nanti ya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen