backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Nak Nikmati Keseronokan 'Bersama' Semasa Hamil? Ini Posisi Seks Selamat Ikut Trimester!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

    Nak Nikmati Keseronokan 'Bersama' Semasa Hamil? Ini Posisi Seks Selamat Ikut Trimester!

    Bolehkah wanita berhubungan bersama suami ketika hamil? Jika boleh apakah posisi ketika hamil yang sesuai dilakukan? Relaks, artikel ini akan membantu anda mengetahui posisi yang terbaik mengikut trimester kehamilan dan dapat bersama ketika hamil dengan selamat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Adakah bersama ketika hamil itu normal & selamat?

    Adakah bersama ketika hamil itu normal dan selamat? Jawapannya ya, tiada apa yang anda dan pasangan perlu risau tentangnya.

    Namun, apakah cara yang betul untuk melakukan hubungan semasa berbadan dua? Adakah terdapat posisi tertentu yang perlu diamalkan mengikut trimester?

    13 posisi berhubungan dan bersama ketika hamil ikut trimester

    Baiklah, sekarang anda sudah tahu ia normal dan selamat. Jadi, apa lagi yang ibu hamil tunggu? Bolehlah mula ajak suami bersenggama walaupun perut sedang memboyot.

    Cuma, pastikan anda amalkan panduan posisi bersama ketika hamil mengikut trimester yang kami sediakan ini ya!

    Bersama ketika hamil: Trimester pertama (1 hingga 12 minggu)

    Kebiasaannya, ibu hamil trimester pertama akan mengalami masalah mual-mual dan muntah-muntah (morning sickness).

    bersama ketika hamil
    Antara perkara yang suami boleh bantu ketika isteri hamil trimester pertama.

    Namun, ia sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan intim anda.

    Malahan pada waktu ini, wanita akan mengeluarkan lebih banyak cecair semula jadi dari faraj mereka.

    Posisi ketika hamil yang boleh dibuat:

    Semasa awal kehamilan, anda sendiri mungkin tidak tahu anda sebenarnya sedang mengandung.

    Jadi, tiada sebarang masalah untuk berasmaradana ketika ini. Bagaimana pula dengan posisi?

    Ketika ini, semua posisi boleh dipraktikkan.

    Posisi ketika hamil yang perlu dielak:

    Berita baiknya, tiada sebarang posisi yang anda perlu elak semasa trimester pertama.

    Untuk pengetahuan anda, mana-mana posisi sekalipun tidak akan mengakibatkan masalah keguguran.

    Trimester kedua (13 hingga 27 minggu)

    bersama ketika hamil
    Perut wanita akan semakin besar ketika trimester kedua.

    Pada waktu ini, ibu hamil sudah tiada lagi masalah morning sickness atau keletihan yang melampau.

    Pendek kata, ia adalah waktu untuk anda ‘honeymoon’. Namun, ada beberapa posisi yang anda dan pasangan perlu elak!

    Bersama ketika hamil yang boleh dilakukan:

    Trimester kedua adalah waktu yang afdal untuk anda dan pasangan melakukan hubungan dalam pelbagai posisi selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.

    Namun, mahukah anda melakukan posisi yang bosan seperti missonary sahaja?

    Ajaklah pasangan melakukan posisi yang lebih unik seperti:

    dan macam-macam lagi.

    Posisi perlu dielakkan:

    Akan tetapi, ketika kehamilan anda berusia sekitar 20 minggu, pastikan kalian elakkan posisi yang memerlukan isteri untuk berbaring secara menelentang seperti posisi yang biasa.

    Ini kerana posisi seperti ini akan memberi tekanan kepada saluran darah aorta yang menghalang aliran darah ke plasenta.

    Jadi, lakukan posisi alternatif yang lain ya?

    Trimester ketiga (28 minggu dan ke atas)

    bersama ketika hamil
    Suami perlu beri lebih perhatian ketika isteri hamil trimester ketiga.

    Waktu ini perut ibu hamil akan menjadi sangat besar. Namun, itu bukan penghalang anda dan pasangan untuk mendapatkan hubungan intim yang hangat dan membara! Kuncinya, adalah pada kreativiti kalian berdua.

    Posisi boleh dilakukan:

    Ketika ini, variasi posisi senggama anda mungkin sudah semakin sedikit jumlahnya.

    Ini kerana suami perlu memastikan posisi yang dilakukan itu tidak memberi tekanan kepada perut anda yang sedang memboyot.

    Jadi, antara posisi yang paling baik untuk dilakukan semasa trimester ketiga ini adalah rear entry atau apa-apa sahaja posisi yang tidak membebankan perut isteri.

    Posisi perlu dielakkan:

    Sama seperti ketika trimester kedua, posisi yang perlu dielakkan adalah yang akan memberi tekanan kepada perut anda.

    Selain itu, dikatakan juga bahawa penetrasi yang terlalu dalam juga adalah perlu dielakkan!

    Ini kerana kebanyakan ibu hamil cenderung berfikiran bahawa tujahan zakar suami yang terlalu dalam akan mendatangkan kesan kepada kandungan dalam perut mereka. Ia adalah tidak benar. Jadi, jangan takut ya?

    Tapi jika anda mengalami masalah faraj kering, sila ikut panduan di bawah.

    Tiada lagi alasan untuk anda menolak ajakan pasangan berhubungan selepas ini!

    Cuma, pastikan anda dan pasangan mendapatkan nasihat doktor jika ada kebimbangan tentang perkara ini ya?

    Tidak ada masalah melakukan hubungan ketika hamil

    Kesimpulannya, tiada sebarang masalah untuk anda lakukan hubungan bersama suami ketika hamil kerana ia adalah normal dan selamat.

    Fakta

    Anda juga tidak perlu menggunakan sebarang alat kontrasepsi kerana air mani suami tidak akan menjejaskan kandungan isteri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan