backup og meta

Ini Maksud & Cara Seks Oral Yang Sebenar, 3 Kaedah Ini Mungkin Ramai Belum Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/01/2024

    Ini Maksud & Cara Seks Oral Yang Sebenar, 3 Kaedah Ini Mungkin Ramai Belum Tahu!

    Ramai pasangan suami isteri yang mungkin lebih mengenali aktiviti seksual ini dengan nama blowjob. Namun, adakah kalian mengetahui apa maksud oral seks yang sebenar? Ada 3 variasi atau kaedah berbeza bergantung kepada situasi?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.

    Maksud oral seks, apa dia 3 variasi tersebut?

    Untuk pengetahuan anda semua, maksud oral seks adalah satu perbuatan di mana individu menggunakan mulut dalam usaha memberikan rangsangan seksual kepada alat kelamin milik pasangan masing-masing.

    Penggunaan mulut, lidah, bibir dan mungkin gigi akan diperlukan bagi mengulum, menghisap, menjilat serta menggigit alat kemaluan pasangan untuk mendatangkan kenikmatan tanpa sebarang risiko kecederaan.

    Hukum oral seks dalam Islampula adalah harus jika ia tidak membawa kepada masalah kesihatan.

    Sebenarnya, terdapat 3 variasi utama yang mungkin termaktub di dalam maksud oral seks seperti di bawah:

    1. Felatio – Stimulasi daripada mulut wanita ke zakar milik pasangan lelaki.
    2. Cunnilingus – Stimulasi daripada mulut lelaki ke faraj milik pasangan wanita.
    3. Anilingus – Stimulasi daripada mulut wanita/lelaki ke lubang dubur pasangan.
    maksud seks oral
    Aktiviti seks oral yang mengghairahkan.

    Ketiga-tiga variasi ini mempunyai tujuan yang sama yakni memberi serta menerima stimulasi seksual kepada pasangan masing-masing ketika hubungan seks dijalankan. Namun, adakah aktiviti ini bagus buat kalian?

    Cara oral seks yang anda dan pasangan perlu cuba!

    Kebiasaannya, aktiviti blowjob ini dilakukan sebelum penetrasi zakar ke dalam faraj sebagai foreplay tetapi turut ada pasangan yang yakin jika ia boleh dijalankan selepas itu untuk tujuan merancang keluarga.

    Ini kerana ada suami isteri yang mempraktikkan seks oral sebagai salah satu aktiviti untuk memuaskan nafsu syahwat tanpa perlu fikir risiko mengandung kerana ia mungkin tidak membawa kepada kehamilan.

    Namun, adakah oral seks bahaya? Jika anda dan pasangan mahu melakukan aktiviti seksual ini, pastikan anda amalkan panduan yang berikut:

    #1. Membersihkan mulut anda

    Pertama, sila bersihkan mulut anda terlebih dahulu dengan mencuci bibir, menggosok lidah dan memberus gigi untuk menghindarkan risiko segala macam infeksi berpindah daripada atau kepada anda dan pasangan.

    #2. Membersihkan alat kelamin

    Sehubungan di atas, turut bersihkan alat kelamin anda dengan menggunakan sabun dan air bersih secara menyeluruh agar tidak ada sebarang kuman yang boleh memicu kepada infeksi kelamin atau jangkitan lain-lain.

    maksud seks oral
    Aktiviti seks oral buat suami isteri.

    #3. Mengunakan pelindung ketika seks oral

    Memang benar jika blowjob itu bakal lebih nikmat dan puas tanpa ada lapisan pelindung. Pun begitu, penggunaan alat kontraseptif seperti kondom amat penting bagi lelaki dan wanita untuk mencegah infeksi kelamin daripada menular.

    #4. Mengunakan pelincir tatkala seks oral

    Supaya alat kelamin anda tidak melecet atau terluka di saat seks oral yang terlalu ganas, anda juga boleh menggunakan pelincir dengan bahan sesuai. Sebaiknya, pilih pelincir yang berasaskan air atau silikon yang mungkin lebih selamat.

    #5. Jangan memaksa diri atau pasangan

    Terakhir, jangan sampai terlalu memaksa diri dan pasangan terutama jika mereka itu sudah tidak mampu atau mahu dengan maksud oral seks ini!

    Setiap individu ada had yang tersendiri untuk mencuba mengelak masalah seperti sakit tekak selepas oral seks.

    Sebarang bentuk paksaan terhadap pasangan untuk merealisasikan fantasi seks liar boleh tergolong dalam unsur jenayah cabul dan rogol yang sudah tentu membahayakan.

    Ketahuilah ia juga mungkin bawa risiko berbahaya!

    Persoalannya, adakah oral seks bahaya?

    Jangka masa jangkitan kelamin.
    Penyakit kelamin dan tempoh waktu jangkitannya.

    Meskipun maksud oral seks itu adalah demi memberikan kenikmatan dan kepuasan, tetapi ia masih ada beberapa risiko yang berbahaya kepada individu terutama jika ia dilakukan secara bebas tanpa ada pedoman.

    Maksud oral seks tanpa sebarang panduan dan kawalan boleh mengakibatkan banyak kesan sampingan, antaranya:

    • Penyebaran infeksi seksual dan lain-lain jangkitan
    • Alat kelamin melecet atau terluka akibat seks oral yang ganas
    • Menjatuhkan maruah dan air muka pasangan
    • Menjejaskan aspek mental serta emosi pasangan

    Dalam pada itu, mungkin masih ramai yang beranggapan bahawa seks oral hanya untuk kenikmatan dan kepuasan satu pihak sahaja sedangkan kedua-dua pihak boleh mengecapi kebahagiaan secara serentak.

    Caranya, adalah dengan posisi 69 – maksud oral seks secara serentak di mana anda dan pasangan itu boleh memberi serta menerima rangsangan sekali gus!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan