Kondom bukan sahaja berfungsi sebagai alat perlindungan, tetapi ia juga boleh membantu memberikan variasi dan keseronokan yang baharu dalam aktiviti seksual bersama pasangan 1.
Terdapat pelbagai jenis kondom yang boleh anda gunakan, daripada kondom dengan ketebalan biasa sehinggalah kepada kondom berperisa dan bertekstur untuk pengalaman yang lebih menarik.
Selain itu, terdapat juga produk kondom nipis dengan sensitiviti tinggi agar kita dapat merasai keintiman dan sensasi yang maksimum bersama pasangan 1.
Kondom Durex Invisible Extra Sensitive (kondom nipis) dan Durex Pleasuremax (kondom bertekstur ribbed & dotted – untuk lebih nikmat) adalah antara pilihan yang terbaik untuk anda mendapatkan kenikmatan seperti di atas.
Menarik bukan? Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kondom Durex.
#2. Guna pelincir untuk tambah nikmat hubungan seks suami isteri
Pelincir juga boleh menjadi salah satu alat penting dalam menghidupkan semula hubungan seksual anda yang telah lama menyepi.
Terdapat pelbagai jenis pelincir yang boleh menghangatkan kembali asmara kalian 2.
Antaranya seperti pelincir berasaskan air untuk keselesaan tambahan dan pelincir beraroma dengan kesan ‘hangat’ yang boleh menambah rangsangan.
Mungkin anda tidak tahu, ada juga pelincir khas 2 dalam 1 yang boleh digunakan untuk urutan atau semasa persetubuhan.
Ini boleh membantu meningkatkan keintiman menerusi urutan sensasi sebelum seks selain menangani masalah kekeringan faraj 2. Ia juga boleh mengurangkan kejadian kondom terkoyak ketika ‘bersama’.
#3. Mainan seks boleh tingkatkan rangsangan dan keseronokan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen