backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Buat Love Bite Pada Pasangan? Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai & Selamat, 3 Lagi Tidak!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/02/2023

    Nak Buat Love Bite Pada Pasangan? Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai & Selamat, 3 Lagi Tidak!

    Sebagai pasangan suami isteri, ada banyak aktiviti yang mampu menyemarakkan lagi kehidupan di kamar tidur dan ia termasuk juga gigitan cinta! Persoalannya, di mana sahaja kalian boleh buat love bite?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda juga boleh klik di sini.

    Apa yang dimaksudkan dengan gigitan cinta?

    Aktiviti yang mungkin lebih popular dengan nama love bite ini merupakan satu perbuatan di mana individu mencium, mengucup dan menggigit leher pasangan untuk menghangatkan lagi hubungan di ranjang.

    Bukan seperti french kiss yang biasa, gigitan ini lazim dilakukan pada leher atau di mana-mana bahagian tubuh badan berbeza asalkan ia dapat meninggalkan bekas seakan berbentuk mulut dan berwarna merah.

    “Bagi kebanyakan individu normal, gigitan pada tubuh badan akan mendatangkan rasa sakit namun ada juga orang yang mungkin suka dan ghairah tatkala memberi atau menerima love bite,” jelas Pakar Dermatologi, Dr  Samer Jaber.

    Meskipun ia bukan antara perkara wajib dilakukan ketika hubungan seks seperti kemasukan alat kemaluan, namun gigitan ini dikatakan mampu untuk meningkatkan keseronokan serta keghairahan seksual anda dan pasangan!

    gigitan cinta

    Jadi, kalian mungkin tidak perlu takut untuk mencuba. Selain love bite leher, di mana lagi anda boleh menggigit?

    Di mana kalian boleh buat gigitan cinta?

    Untuk pengetahuan anda semua, gigitan ini mungkin bebas dilakukan di mana-mana bahagian tubuh badan namun ia lebih baik diberikan oleh atau kepada pasangan di kawasan tertentu termasuk:

    #1. Leher

    Merupakan dua perkara yang paling sinonim, love bite leher amat popular. Alasannya, kawasan ini sangat sarat dengan hujung saraf sekali gus menjadikan ia salah satu tempat yang paling sensitif di tubuh badan.

    Dalam pada itu, ia juga mudah untuk ‘diakses’ di saat kalian sedang berpeluk, bercium atau bermanja-manja. Anda dan pasangan cuma perlu berdiri atau berbaring menghadap masing-masing lalu turun ke leher untuk tujuan ini.

    gigitan cinta

    #2. Dada

    Jika kalian tidak ingin gigitan ini kelihatan, anda boleh turun lagi ke kawasan dada untuk buat love bite. Terutama bagi wanita, buah dada yang empuk dan seksi itu pasti membuat cik abang anda rasa geram dan mahu meneroka.

    #3. Perut

    Jika anda lakukan love bite di perut, kalian langsung tidak perlu gelabah mencari cara nak hilangkan gigitan cinta kerana ia mustahil untuk kelihatan. Selain itu juga, ia tempat yang agak strategik untuk melakukan eksperimen.

    Jangan pula anda buat love bite di sini!

    Memang benar kalau ramai orang kata pilihan itu akan terletak di tangan masing-masing. Namun dalam hal ini, ada beberapa kawasan tertentu yang dikatakan tidak bagus untuk buat love bite:

    1. Muka – Anda tidak boleh sesuka hati menggigit pasangan di kawasan muka termasuk pipi, dahi, dagu dan lain-lain kerana ia mungkin memicu kecederaan terutama pada lapisan kulit nipis seperti di kelopak mata.
    2. Ketiak – Tidak dinafikan, ada individu yang punya nafsu pelik terhadap ketiak pasangan tetapi gigitan di kawasan ini sedikit tidak sesuai kerana ia bukan sahaja berbau dan berbulu bahkan penuh dengan bakteria.
    3. Kemaluan – Kalian mungkin boleh menjilat dan menghisap kemaluan masing-masing tetapi jangan menggigit! Ia boleh mengakibatkan kecederaan dan mungkin kerosakan kalau tidak kena pada caranya.

    gigitan cinta

    Jadi, selamat ke gigitan cinta itu?

    Konklusinya, mungkin ada banyak aktiviti seksual yang boleh menyemarakkan lagi nafsu syahwat anda dan pasangan dalam konteks hubungan seksual. Salah satu daripada itu tentu sahaja dengan gigitan cinta.

    Kalau kita cuma lihat dari permukaan, ia adalah perbuatan yang baik kerana tidak ada banyak risiko kesan sampingan selain daripada kecederaan pada kulit akibat daripada salah cara ketika melakukan love bite.

    Keburukannya mungkin jika ia terlihat oleh individu lain. Ini seterusnya boleh menyebabkan anda terasa malu, segan atau takut terutama berada di rumah ahli keluarga. Jadi, awas dengan di mana bahagian yang anda mahu lakukannya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan