Kalau mesej dalam bentuk teks atau audio masih kurang membuahkan hasil, apa kata anda cuba hantar foto atau video pula? Namun, jangan sampai berlebihan kerana ada risikonya.
#6. Ambil alih peranan nakhoda kapal!
Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, isteri tidak perlu tunggu lampu hijau daripada suami! Dengan masa, tempat dan cara yang tepat, elemen kejutan pada pasangan akan jadi sangat menghangatkan.
Suami mana yang mampu menolak jika anda bertindak dengan agresif dan dominan begitu? Mereka sudah pasti akan terkejut dan dalam masa yang sama menikmati ketika melalui peristiwa sebegini.
#7. Sentuhan intim pada zon erotik suami
Meskipun ia bukan kunci utama, sentuhan intim masih antara senjata tersembunyi para isteri dalam cara merangsang suami. Tidak perlu khuatir, anda pun sudah tahu bahagian mana perlu diutamakan bukan?
Selain alat sulit, leher, dada dan perut mereka perlu dijadikan sasaran sentuhan. Pasti si dia akan kecundang dan tidak mampu menolak anda!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen