backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

5 Rahsia Kaum Adam Mesti Cuba Untuk Buat Isteri Capai Kemuncak Ketika Bersama

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    5 Rahsia Kaum Adam Mesti Cuba Untuk Buat Isteri Capai Kemuncak Ketika Bersama

    Ejakulasi air mani sudah sangat sinonim dengan lelaki namun tidak bagi wanita ketika mencapai kemuncak. Hakikatnya, anda juga tidak perlu hairan apabila perempuan pancut atau squirt kerana ini tanda mereka sudah puas! Benarkah ia boleh berlaku?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Bolehkah orang perempuan pancut ketika bersetubuh?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam, kita semua kena tahu apa makna sebenar di sebalik proses ejakulasi terlebih dahulu. Ia adalah keadaan di mana cecair terkeluar atau terpancut daripada alat kemaluan apabila individu mencapai kemuncak.

    Meskipun sering kali dikaitkan dengan orang lelaki, namun kalian tidak perlu rasa hairan jika orang perempuan pancut ketika bersetubuh kerana kedua-dua zakar dan faraj itu mempunyai anatomi yang diperlukan untuk pancut semasa mencapai kemuncak.

    Untuk pengetahuan anda semua, proses ejakulasi itu memerlukan uretra iaitu saluran di alat sulit yang bertanggungjawab mengeluarkan cecair dari badan termasuk air kencing, mazi dan mani.

    Bagi lelaki, proses ejakulasi memang akan memancutkan air mani tetapi berbeza bagi wanita yang mungkin akan mengeluarkan air mani bercampur mazi dan kencing apabila mereka mencapai kemuncak.

    Pun begitu, ia tetap akan mendatangkan kenikmatan pada tahap tertinggi terhadap kedua-dua jantina. Persoalannya, bagaimana cara buat perempuan pancut tatkala bersetubuh?

    klimaks wanita
    Tip bersetubuh bersama pasangan.

    Pancut awal boleh mengandung? Ini tip buat perempuan pancut ketika bersetubuh!

    Seperti mana kita semua sedia maklum, wanita juga boleh pancut ketika mereka sudah mencapai klimaks atau orgasma. Namun, ia adalah situasi yang begitu sukar direalisasikan.

    Dalam usaha untuk membuat isteri lebih puas ketika ‘bersama’, suami boleh cuba tip yang berikut:

    #1. Manfaatkan adegan foreplay dengan baik untuk pancut dalam selepas period

    Sebelum bersukan atau beraktiviti lasak misalnya, adalah penting untuk anda melakukan senaman dan regangan agar tubuh badan lebih bersedia. Begitu juga halnya jika kalian ingin bersenggama.

    Foreplay atau adegan ringan-ringan boleh menjadi punca cepat pancut dan membuat diri lebih ‘panas’ serta ‘ringan’  bagi proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Tanpanya, salah seorang daripada kalian mungkin tidak menikmati kepuasan maksimum.

    Buat si isteri khususnya, faraj anda mungkin terlalu kering sebelum kemasukan zakar suami. Akibatnya, dayungan itu tidak akan memancutkan air mani perempuan.

    #2. Guna anggota badan selain zakar suami untuk pancut dalam selepas period

    Siapa kata jika suami cuma boleh menggunakan zakar untuk merangsang faraj isteri? Sebenarnya, anda juga boleh memanfaatkan anggota badan lain termasuk jari, lidah, bibir dan gigi dalam usaha untuk memudahkan pasangan mengeluarkan air mani mereka.

    perempuan pancut
    Cara bersetubuh untuk kali pertama.

    Punca cepat pancut #3. Menyentuh anggota tubuh badan lain selain faraj isteri

    Usah fokus pada faraj isteri sahaja walaupun ia adalah titik utama yang perlu suami beri perhatian. Anda juga boleh menyentuh anggota tubuh badan badan pasangan untuk memancutkan air mani mereka seperti di:

    • leher
    • dada
    • paha
    • punggung

    Cara perempuan pancut #4. Gunakan permainan untuk bersetubuh

    Kadangkala, bersetubuh hanya bersandarkan posisi, lokasi dan situasi sama itu bakal membosankan dan menyukarkan pasangan untuk mencapai kemuncak. Jadi, cuba menjadi lebih kreatif tentang posisi anda.

    Contohnya, kalian mungkin boleh lebih kreatif dengan mencuba bersetubuh dengan posisi, lokasi dan jalan cerita yang berbeza. Dalam pada itu, alat permainan untuk bersetubuh juga boleh membantu.

    Tidak semestinya persetubuhan itu akan berakhir apabila suami sahaja yang sudah mencapai kemuncak. Anda masih boleh meneruskan aktiviti di kamar tidur sehingga isteri juga berjaya mengeluarkan air mani mereka.

    jenis alatan seks
    Tip sebelum menggunakan alatan untuk bersetubuh.

    #5. Orang lelaki kena tahan lebih lama

    Terakhir dan paling penting, anda kena tahu bahawa orang perempuan memang sukar dan lambat untuk mencapai puncak syahwat mereka. Jika sudah tahu ini, apa yang lelaki itu mesti buat?

    Ya, anda perlu cuba untuk tahan lebih lama ketika bersenggama dengan cara melambatkan pancutan air mani. Ia tidak mudah kerana majoriti lelaki akan terpancut selepas 5-10 minit!

    Penyelesaiannya adalah si suami perlu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat di samping merawat segala permasalahan berkenaan prestasi bersetubuh supaya dapat tahan lebih lama.

    Kesimpulan

    Anda tidak perlu terkejut jika kami kata perempuan pancut di saat mereka sudah mencapai kemuncak walaupun ia agak sukar dan lambat. Jika anda dan pasangan ingin cuba dalam hubungan intim pada malam ini, praktikkan tip-tip di atas tadi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan