backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pertama Kali Bersetubuh, Lelaki Dan Wanita Perlu Tahu Bagaimana Pecah Dara Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/01/2024

    Pertama Kali Bersetubuh, Lelaki Dan Wanita Perlu Tahu Bagaimana Pecah Dara Berlaku!

    Siapa sahaja yang tidak rasa gemuruh di saat pertama kali melakukan hubungan intim bersama pasangan. Akan muncul banyak persoalan di minda seperti ‘bagaimana pecah dara boleh berlaku’.

    Sebentar, anda juga tidak tahu bagaimana pecah dara boleh berlaku? Jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual , sila dapatkannya di sini.

    Maksud selaput dara wanita yang sebenar!

    Buat anda yang masih belum tahu, dara (hymen) itu adalah sejenis selaput yang wujud di dalam lubang pembukaan faraj wanita dengan bentuk dan saiz berbeza bergantung pada individu.

    Sehingga kini, pakar masih tidak dapat menentukan apa fungsi biologi sebenar selaput ini. Pun begitu, majoriti masyarakat percaya bahawa ia boleh jadi tanda jika wanita pernah melakukan seks.

    Sebenarnya, perkara ini tidak benar sama sekali.

    Anda perlu tahu bahawa dara pecah boleh terjadi dalam banyak situasi selain hubungan intim seperti kemalangan dan kecederaan akibat aktiviti lasak serta ada juga wanita yang lahir tanpa selaput ini!

    Bermakna, kita semua tidak boleh sesekali menilai dan menjatuh hukum pada wanita hanya jika selaput dara koyak atau hilang. Ia adalah sesuatu yang sensitif malah subjektif untuk dibicarakan.

    Namun demikian, memang betul bahawa seks itu adalah salah satu punca bagaimana pecah dara boleh berlaku. Peristiwa ini mungkin akan terjadi pada malam pertama anda serta pasangan.

    Bagaimana mengetahui jika wanita tiada dara
    Kepercayaan karut wanita tiada dara.

    Bagaimana pecah dara boleh berlaku?

    Di saat pertama kali menjalani hubungan seks bersama pasangan, perempuan yang lahir dengan anatomi faraj normal akan mengalami dara pecah akibat tusukan atau dayungan zakar.

    Dalam masa sama, adakah dara boleh pecah guna jari? Jawapannya adalah ya jika perbuatan itu dilakukan dengan dalam dan kasar!

    Ketika ini juga, mungkin akan berlaku pendarahan pada faraj semasa dan selepas berhubungan. Namun, keadaan ini juga berbeza bergantung pada wanita bahkan ada yang langsung tidak berdarah.

    “Setiap wanita itu memiliki bentuk serta saiz selaput dara yang berbeza dan ini boleh jadi penentu sama ada darah yang keluar itu adalah sedikit, sederhana atau banyak,” jelas Pakar Seksual, Reena Liberman.

    Dalam pada itu, anda dan pasangan tidak boleh fokus tentang bagaimana pecah dara boleh berlaku sahaja kerana ada banyak lagi perkara lain yang anda kena tahu ketika malam pertama.

    bagaimana pecah dara boleh berlaku
    Keluar darah tanda pecah dara.

    Apa lagi perkara yang anda kena tahu?

    Jangan hanya fokus pada bagaimana pecah dara boleh berlaku! Berikut apa yang anda kena tahu:

    Seks pertama kali akan rasa sakit?

    Persoalan ini pasti pernah atau masih bermain di fikiran terutama orang perempuan. Hakikatnya, ramai wanita yang mungkin khuatir jika seks pertama kali itu menyakitkan buat mereka.

    Sebenarnya, mungkin ya. Ini bukan sahaja akibat daripada dara pecah malah juga angkara kurang pengalaman dalam perihal seks lantas membuatkan ia dilakukan dengan cara yang salah.

    Punca utama penetrasi zakar itu sakit adalah kerana faraj kering dan mungkin berkaitan dengan bagaimana pecah dara boleh berlaku akibat selaput dara koyak. Lama-kelamaan, anda akan biasa.

    Seks pertama kali tiada puncak klimaks?

    Bukan itu sahaja, kebanyakan wanita juga cenderung untuk tidak rasa ‘puas’ pada malam pertama. Ini sudah tentu berkaitan dengan faktor di mana anda dan pasangan kurang pengalaman.

    Menurut Pakar Sakit Puan, Susan Ernst, perempuan agak sukar mencapai orgasme ketika pertama kali hubungan seks kerana mereka masih belum terbiasa dengan interaksi intim tersebut.

    Dalam erti kata lebih mudah, puncak klimaks wanita mampu dicapai pada hubungan intim akan datang.

    bagaimana pecah dara boleh berlaku
    Aktiviti seksual suami dan isteri.

    Perlukah menggunakan alat kontraseptif?

    Penggunaan alat kontraseptif sangat penting dalam usaha untuk anda dan pasangan merancang keluarga. Selain itu, alat ini turut menyediakan fungsi lain yakni mampu mengelakkan sebarang penyakit jangkitan kelamin (STD).

    Ya, alat-alat kontraseptif seperti kondom tidak kira untuk lelaki atau wanita mempunyai kelebihan ini. Jadi, mungkin wajar untuk anda menggunakan ia jika khuatir dengan risiko STD.

    Pastikan seks atas dasar suka sama suka!

    Akhir sekali, perkara anda perlu fokus selain bagaimana pecah dara boleh berlaku adalah pastikan seks yang bakal dibuat itu atas dasar suka sama suka dan bukan paksaan atau ugutan.

    Persoalan yang paling akhir, bolehkah selaput dara dikembalikan? Jawapannya, tidak!

    Tanyakan pada pasangan anda sama ada sudah bersedia atau tidak untuk melakukan hubungan intim sebelum memulakannya. Jika tidak, sila tunggu atau pujuk sehingga ‘lampu hijau’ menyala.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan