Tidak semua pasangan suami isteri sudah bersedia untuk mengandung dan menimang cahaya mata, bukan? Disebabkan itu, pelbagai kaedah kontraseptif akan digunakan seperti pengambilan pil perancang, penggunaan kondom dan teknik pancut luar.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Tidak semua pasangan suami isteri sudah bersedia untuk mengandung dan menimang cahaya mata, bukan? Disebabkan itu, pelbagai kaedah kontraseptif akan digunakan seperti pengambilan pil perancang, penggunaan kondom dan teknik pancut luar.
Namun ada kajian yang kata bahawa teknik mengeluarkan air mani daripada zakar di luar faraj bukanlah berkesan seperti yang kita semua sangkakan.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, marilah kita semua belajar mengenai definisi teknik ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, teknik pancut luar adalah satu kaedah yang memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi, semasa melakukan hubungan seks.
Ini dilakukan demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj sekali gus mengurangkan kemungkinan sperma berenang masuk ke dalam ovari untuk proses persenyawaan.
Ia merupakan antara kaedah kontraseptif atau perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat mahupun ubat.
Ya, ia mungkin kedengaran seperti mudah namun adalah sangat sukar untuk dilakukan jika kurang pengalaman.
Mungkin ramai yang melakukannya tanpa tahu sama ada ia benar-benar berkesan bukan? Kami ada jawapannya!
Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal Of The American Sexually Transmitted Association, sebenarnya teknik ini tidaklah berkesan seperti yang kita semua sangkakan.
Dikatakan terdapat kemungkinan kegagalan teknik ini membendung kehamilan luar jangkaan sebanyak 18.8%!
Dalam pada itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa 27% wanita didapati telah hamil di luar jangkaan meskipun pasangan mereka melakukan teknik pancut luar.
Dapat disimpulkan di sini bahawa teknik ini bukanlah langsung tidak berkesan namun masih terdapat risiko di mana kehamilan luar jangkaan itu berlaku.
Persoalannya, mengapa?
Seperti mana yang telah didedahkan oleh kajian tadi, teknik ini masih akan berkesan sekitar 70% dan 30% lagi di mana risiko kehamilan boleh berlaku.
Ia kerana teknik ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan dengan betul dan sebarang kesalahan yang dilakukan akan mengurangkan keberkesanannya.
Untuk pengetahuan anda, teknik ini mempunyai faktor risiko untuk gagal yang disebabkan oleh beberapa perkara:
Jadi, sila lebih berwaspada jika anda dan pasangan ingin cuba melakukannya okay?
Setiap perkara itu pasti ada pro dan kontra yang tersendiri dan ini termasuklah dengan teknik kontraseptif yang ramai percaya akan berkesan.
Buat kalian yang baru sahaja berkahwin, teknik pancut luar ini mungkin bukan untuk anda dan pasangan kerana tahap keberkesanannya dalam mencegah wanita daripada mengandung adalah lebih rendah.
Sebaiknya, sila gunakan kaedah kontraseptif alternatif lain yang ternyata lebih berkesan seperti pengambilan pil perancang atau penggunaan kondom.
Selain itu, anda dan pasangan juga mungkin boleh cuba gunakan prosedur yang lebih berat seperti pemasangan IUD atau pembedahan vasektomi.
Untuk lebih informasi, sila berhubung dengan doktor ya?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen