“IUD boleh terkeluar kalau seks kasar sangat? Takutnya!” Sejauh manakah kebenaran kenyataan berkaitan alat pencegah kehamilan ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
“IUD boleh terkeluar kalau seks kasar sangat? Takutnya!” Sejauh manakah kebenaran kenyataan berkaitan alat pencegah kehamilan ini?
Sekiranya kalian berminat untuk ketahui jawapannya, pastikan untuk terus membaca okay!
Untuk mengetahui kemungkinan IUD terkeluar semasa melakukan hubungan seks kasar, mari fahami fungsinya terlebih dahulu!
Selain kondom dan pil perancang, ada juga pasangan yang menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD dalam kalangan masyarakat kita.
Ia adalah sebuah alat pencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.
Tambah lagi, alat ini mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu selama 3 hingga 10 tahun bergantung kepada jenis IUD yang dipakai.
Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUCD iaitu:
Alat perancang keluarga IUD mempunyai tali yang tergantung pada hujungnya, yang akan diletakkan di dalam rahim anda dengan bantuan doktor pakar.
Langkah-langkah berikut berlaku semasa kemasukan IUD:
Prosedurnya adalah cukup mudah dan hanya memakan masa beberapa minit.
Anda mungkin mengalami sedikit tompokan darah atau ketidakselesaan beberapa minggu selepas dimasukkan.
Sebagai permulaan, IUD anda sepatutnya tidak akan mengganggu aktiviti harian, termasuklah seks, menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG).
Pada dasarnya, peranti ini tidak akan mengubah sensasi fizikal anda secara negatif.
Pun begitu, terdapat beberapa cara lain IUD berisiko mengubah kehidupan seks anda.
Contohnya, wanita yang memakai IUD tembaga mungkin mengalami kekejangan haid yang teruk, yang boleh memberi kesan terhadap mood dan keinginan untuk bersenggama.
Selain itu, walaupun pasangan anda tidak akan dapat melihatnya semasa melakukan hubungan seks, mereka masih boleh merasai talinya, terutamanya jika anda memakainya buat kali pertama.
Bagi menjawab persoalan utama artikel ini, ya, perkara ini tidak mustahil jika melakukan seks kasar, namun ia sangatlah jarang terjadi.
Inilah yang dikenali sebagai IUD expulsion, yang bermaksud rahim anda mengeluarkan IUD daripada posisi asalnya.
Oleh sebab masih sedikit kajian dalam bidang ini, pakar tidak mempunyai bilangan data yang tepat mengenai seberapa banyak kes ini berlaku.
Pun begitu, secara umumnya IUD expulsion berlaku apabila pemakai:
Walaupun jumlah kes IUD terkeluar tidak begitu jelas, kemungkinan untuk ia berlaku akibat seks kasar adalah sangat kecil.
Menurut pakar sakit puan, Dr. Jacques Moritz, setakat ini masih belum ada kes IUD yang terkeluar akibat persetubuhan.
Adakah mustahil IUD sudah pun terkeluar daripada posisinya dan anda hanya menyedarinya ketika bersenggama?
Mungkin juga! Tetapi apa yang pasti, ia tidak akan berlaku dek penetrasi zakar, menurut pakar.
Pada realitinya, antara salah satu faktor risiko terbesar berlakunya pengeluaran IUD adalah apabila ia mula-mula dimasukkan.
Dalam kes tersebut, ada kemungkinan penyedia perubatan tidak meletakkannya dengan betul semasa memasukkan ke dalam rahim.
Di samping itu, memakai peranti ini setelah bersalin juga boleh menjadi faktor risiko utama yang lain, ini kerana serviks masih dalam keadaan ‘melebar’ daripada biasa.
Terdapat juga komplikasi IUD lain yang disebut sebagai perforation, atau ketika IUD menembusi dinding rahim anda. Usah gusar, seks kasar selalunya tidak akan menjadi puncanya.
Apa yang ingin penulis tekankan di sini, seks kasar atau tidak, BUKAN faktor risiko bagi masalah IUD terkeluar ya!
Sekiranya anda mengesyaki sebarang perubahan pada IUD, periksa dahulu untuk ketahui sama ada anda dapat merasakan talinya.
Jika tidak mampu, jangan panik dan lakukan janji temu dengan doktor sekiranya anda gugup atau mengalami simptom yang pelik.
Pakar juga menyarankan pemakai peranti ini untuk menjalani pemeriksaan berkala setiap bulan atau lebih, sehingga berasa selesa dan yakin dengan posisi IUD mereka.
Ingat, anda tidak perlu menemui doktor hanya kerana tidak lagi dapat merasakan tali IUD setelah melakukan hubungan seks.
Aktiviti senggama tidak akan mempengaruhi rahim anda (kecuali kehamilan), jadi teruskan menikmati momen bersama pasangan tercinta di ranjang sekasar mana pun yang anda mahukan tanpa risau okay!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen