backup og meta

Keliru Cecair Siapa Yang Keluar? Ini Dia Beza Air Mani Milik Lelaki Dan Wanita!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2022

    Keliru Cecair Siapa Yang Keluar? Ini Dia Beza Air Mani Milik Lelaki Dan Wanita!

    Mengejutkan, kata kunci ‘gambar air mani’ bagi lelaki dan perempuan kian popular di laman web Google. Mungkin masih ramai yang kurang pasti tentang perbezaan di antara dua cecair ini lantas terkeliru apabila hubungan intim bersama pasangan itu berakhir.

    Sebenarnya, ini juga adalah perkara penting terutama bagi anda yang sedang merancang keluarga!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Kenapa individu kena tahu gambar air mani?

    Untuk pengetahuan anda semua, setiap individu dengan tubuh badan normal boleh menghasilkan dan mengeluarkan air mani tidak kira jantina. Ia juga sangat penting dalam proses reproduktif.

    Khususnya buat lelaki, air mani mengandungi sperma yang akan keluar daripada testis dan masuk ke dalam ovari wanita untuk proses persenyawaan embrio. Tanpanya, janin tidak akan tercipta.

    Sperma boleh keluar dari alat sulit lelaki dan masuk ke alat kelamin wanita melalui hubungan seks – penetrasi zakar ke dalam faraj. Jika anda dan pasangan tidak mengamalkan kaedah kontraseptif ketika bersama, maka peluang untuk hamil lebih tinggi!

    gambar air mani

    Bagi anda yang sedang merancang, penggunaan metode mencegah kehamilan seperti penggunaan kondom adalah amat penting. Cuma, masih wujud risiko untuk mengandung di luar jangkaan.

    Terutamanya jika kalian tidak tahu membezakan bahawa air mani yang keluar itu adalah daripada pasangan lelaki atau wanita. Ini sudah pasti akan membuatkan anda dan pasangan lebih keliru.

    Ini beza gambar air mani lelaki dan perempuan!

    Seperti mana kita semua sedia maklum, air mani itu adalah sejenis cecair berwarna putih, jernih dan bertesktur likat, pekat serta berbuih malah berbau. Rasanya pula mungkin masin, manis atau pahit dan ini bergantung kepada individu masing-masing.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Mungkin wujud perbezaan di antara air mani milik lelaki dan perempuan, teruskan baca di bawah:

    Gambar air mani lelaki

    Cecair lelaki ini dihasilkan di dalam organ testis dengan bantuan dari kelenjar prostat, vesikel dan bulbouretra. Selain sperma, ia juga mengandungi banyak zat lain seperti asid amino, zink, protein, prostaglandin, fruktosa, mukus dan vitamin serta mineral yang lain.

    Dari segi warna dan tekstur air mani lelaki, boleh rujuk kembali karakteristik di atas dengan hanya sedikit perbezaan bergantung individu itu sendiri. Pendek kata, ia seperti ciri air mani umum.

    gambar air mani

    Gambar air mani perempuan

    Cecair perempuan pula dihasilkan di dalam faraj yang mengandungi sel dan bakteria demi melicin, melembap serta melindungi vagina. Karakteristik cecair ini bakal dipengaruhi oleh banyak sebab termasuk rangsangan seksual, ovulasi, menstruasi dan usia.

    Dari segi warna dan tekstur air mani perempuan, ia mungkin tidak jauh berbeza berbanding lelaki cuma lebih ‘ringan’. Namun, cecair ini juga adalah bergantung kepada individu wanita masing-masing.

    Begini cara untuk membezakannya

    Dalam usaha untuk membezakan air mani lelaki dan wanita ketika hubungan seksual, kalian boleh lihat pada warna dan tekstur cecair tersebut. Sekiranya cecair itu lebih pekat, ada kemungkinan ia adalah milik lelaki dan begitu pula sebaliknya jika lebih cair.

    Kedua, anda juga boleh lihat pada kuantiti cecair itu di mana air mani lelaki mungkin lebih banyak berbanding air mani wanita. Namun, cara ini mungkin tidak efektif untuk semua individu.

    Jika kalian masih mahu memastikan gambar air mani itu milik siapa, cara yang paling baik adalah dengan melakukan pemeriksaan bawah mikroskop di makmal yang sudah pasti lebih tepat.

    Gunakan metode kontraseptif yang terbaik!

    gambar air mani

    Sebenarnya, kalian mungkin tidak perlu membezakan cecair yang keluar dari alat kemaluan siapa jika anda dan pasangan menggunakan metode kontraseptif lebih efektif selain daripada kondom.

    Berikut adalah antara kaedah kontraseptif yang suami isteri boleh cuba ketika sedang merancang:

    • Pengambilan pil perancang
    • Pemasangan IUD
    • Penyuntikan hormon
    • Pembedahan vasektomi
    • Penggunaan skin patch
    • Penggunaan spermicide

    Dalam pada itu, kalian juga mungkin boleh menggunakan dua kaedah yang lebih tradisional iaitu pancut luar atau mengelakkan hubungan seksual ketika si isteri itu sedang subur.

    Sekiranya anda ada sebarang soalan, masalah atau isu berkaitan dengan sistem reproduktif lelaki atau wanita, dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor pakar berdekatan dengan segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan