Ada pasangan yang menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD sebagai kaedah kontraseptif. Persoalannya, apa itu IUCD dan bagaimana ia berfungsi?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Ada pasangan yang menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD sebagai kaedah kontraseptif. Persoalannya, apa itu IUCD dan bagaimana ia berfungsi?
Selain itu, kita juga perlu tahu tahap keberkesanan dan risikonya. Jom kita ikuti artikel dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Ia adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik.
Secara umumnya, terdapat 2 jenis IUCD iaitu:
Sebelum memutuskan untuk menggunakan jenis IUCD, anda perlu tahu bahawa alat ini sangat berisiko tinggi kerana ia akan dipasang di dalam rahim anda.
Sebaiknya, anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik buat anda.
Ini membolehkan anda dan pasangan menjalani dan menikmati kehidupan seks seperti biasa tanpa menghiraukan kemungkinan berlakunya kehamilan luar jangkaan.
IUCD yang disaluti tembaga akan bertanggungjawab untuk menghalang sperma daripada menyuburkan telur dan memasukinya.
IUCD yang disaluti dengan hormon progesteron pula berfungsi dengan cara yang sama, tetapi juga akan menebalkan mukus serviks, menipiskan lapisan rahim, dan dalam beberapa kes menghentikan proses ovulasi sama sekali.
Selain wanita yang masih belum mempunyai anak, wanita juga tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah perancangan keluarga ini sekiranya anda:
Kedua-dua jenis IUCD ini sebenarnya sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.
Ia dipercayai oleh pakar akan mengurangkan peratusan anda untuk hamil kepada 1% sahaja jika ia dipasang pada kedudukan yang betul di dalam rahim.
Paling penting, IUCD jenis mirena juga telah terbukti mampu mengawal menorrhagia.
Sebaik sahaja ia diletakkan di dalam rahim, alat ini dapat bertahan dalam masa yang lama.
Selain itu, IUCD jenis tembaga boleh kekal dalam rahim sehingga 10 tahun lamanya dan IUCD jenis hormon progesteron boleh kekal 3 hingga 5 tahun, bergantung kepada jenama.
Ini adalah pilihan yang baik buat mereka yang belum lagi bersedia untuk memulakan keluarga.
Kini anda sudah mengetahui apa itu IUCD dan fungsinya. Tetapi ada terdapat risiko bagi mereka yang menggunakannya?
Amnya apabila anda memutuskan untuk memasang IUCD dalam rahim, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti yang berikut:
Baca juga:
Juga, bagi sesetengah individu, mereka mungkin mengalami beberapa masalah yang jarang berlaku seperti:
Pemecatan: IUCD mungkin boleh terkeluar sendiri dari rahim wanita secara tidak sengaja. Kadang-kadang anda juga tidak tahu apa yang telah berlaku.
Kemungkinan ia berlaku adalah 3 hingga 10 peratus untuk IUCD copper dan 3 hingga 6 peratus untuk mirena dalam tahun pertama pemasangannya.
Anda perlu jumpa doktor untuk memeriksa dalam tempoh 3 bulan pertama selepas IUCD itu mula-mula dipasang di dalam rahim.
Penembusan: IUCD mungkin menolak dan menekan dinding rahim semasa ia sedang dimasukkan ke dalamnya.
Penyakit radang pelvik (PID): terdapat risiko jangkitan yang sangat rendah daripada bakteria masuk ke dalam rahim anda semasa IUCD dipasang.
Baiklah, sekarang kita sudah tahu apa itu IUCD dan ia memang berkesan untuk mencegah kehamilan namun masih mempunyai risikonya.
Jadi, sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggunakannya sebagai kontraseptif!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen