Anda selalu dengar tentang dan fungsi kondom, malahan anda mungkin pernah menggunakannya. Tetapi apa fakta tentang kondom yang anda tahu?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Anda selalu dengar tentang dan fungsi kondom, malahan anda mungkin pernah menggunakannya. Tetapi apa fakta tentang kondom yang anda tahu?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Kondom merupakan satu kaedah kawalan kehamilan dan pencegahan penyakit kelamin (STD) yang biasa dan berkesan ketika melakukan hubungan seksual. Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran.
Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, melibatkan jangkitan kelamin (STD) seperti gonorea, sifilis, AIDS dan lain-lain.
Fungsi kondom sudah tentu untuk membendung sperma daripada memasuki ovari. Namun adakah itu sahaja fakta tentang kondom yang anda tahu? Haa..berikut beberapa fakta tentang kondom yang menarik dan mengujakan.
Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom yang paling tua telah dijumpai Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.
Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, iaitu merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.
Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIVdan kehamilan. Jadi penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan.
Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang penghasilan kondom terbesar, yang membekalkan 25% bahagian pasaran dunia. Selain itu, Amerika Syarikat merupakan negara penggunaan kondom terbesar di dunia.
Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932.
Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.
Terdapat beberapa jenis kondom:
Selain kondom untuk lelaki, yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya. Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual.
Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj. Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.
Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom. Kondom perlu disimpan di tempat yang kering sejuk.
Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.
Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom. Lelaki seharusnya menguji fungsi kondom dengan melancap. Kenapa?
Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai. Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki. Selain itu, sesetengah individu lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen