AWAS! Ini 3 Tanda-tanda HIV Pada Lelaki Yang Ramai Orang Terlepas Pandang!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 3 hari lalu
Simptom HIV adalah berbeza-beza pada setiap individu, malah ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala untuk jangka masa panjang. Tapi tahukah anda, terdapat beberapa simptom unik yang hanya berlaku dalam kalangan kaum Adam? Apakah tanda HIV lelaki yang dimaksudkan?
HIV adalah virus yang menyerang sistem imunisasi tubuh, memusnahkan jenis sel-sel tertentu yang membantu badan melawan jangkitan dan penyakit.
Untuk perkongsian kali ini, kami di Hello Doktor bakal mengupas antara tanda HIV lelaki dan cara jangkitan HIV berlaku, teruskan membaca ya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Tanda-tanda HIV lelaki, sila ambil cakna!
Adakah HIV boleh berjangkit?
Cara jangkitan HIV menular adalah apabila darah, air mani, atau cairan rektum/faraj individu yang dijangkiti masuk ke saluran darah anda. Kebanyakan kes tercetus melalui kegiatan persetubuhan.
Namun, mereka yang mengambil risiko berkongsi jarum atau picagari dengan orang yang positif HIV juga boleh menyumbang kepada cara jangkitan HIV berlaku.
Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, adalah penting untuk kalian faham bahawa tanda HIV lelaki ini juga boleh menjadi indikasi kepada masalah kesihatan lain.
Sekiranya ada, pastikan anda merujuk doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, okey?
#1. Tanda HIV lelaki: Keinginan untuk bersetubuh yang rendah
Kondisi ini turut dipanggil hipogonadisme, yang berlaku apabila testis anda tidak menghasilkan hormon testosteron dengan mencukupi. Ia turut dikaitkan dengan penyakit HIV.
#2. Rasa sakit atau sensasi terbakar semasa kencing
Dalam kebanyakan kes, kesakitan atau sensasi terbakar apabila membuang air kecil menjadi antara gejala jangkitan kelamin seperti gonorea atau klamidia.
Sekiranya berlaku pula pembengkakan prostat atau kelenjar kecil di bawah pundi kencing, kondisi ini digelar sebagai prostatitis. Tanda HIV lelaki ini kadangkala dipicu oleh jangkitan bakteria.
Sakit di pundi kencing, testis, zakar, atau kawasan di antara skrotum dan rektum
#3 Luka pada zakar, antara tanda HIV pada kemaluan
Luka terbuka dan ulser pada mulut atau esofagus merupakan antara tanda hiv pada kemaluan.
Antara tanda HIV lelaki yang lain juga boleh merangkumi luka di dubur atau zakar. Lebih menakutkan, luka-luka ini cenderung untuk berulang kembali.
Jika tempoh jangkitan HIV sekitar 72 jam atau kurang, anda boleh mengambil sesuatu yang disebut sebagai post-exposure prophylaxis (PEP).
Anda boleh mengambil ubat HIV sekali atau 2 kali sehari selama 28 hari, yang mungkin akan bantu anda terhindar daripada jangkitan kelamin ini.
Di samping itu, menjalani ujian HIV turut memainkan peranan penting! Sekiranya dijangkiti, anda boleh mengambil ubat HIV seperti terapi antiretroviral (ART).
Gabungan ubat ini bertindak dengan menurunkan jumlah HIV di dalam badan anda.
Ia dapat bantu mengekalkan sistem imunisasi tubuh yang sihat, melindungi daripada risiko komplikasi dan cegah anda menyebarkan HIV.
Sekarang, mari kita kenali antara gejala awal HIV berserta tahap-tahapnya!
Ketahui simptom HIV peringkat awal!
Dalam tempoh 4 minggu setelah anda dijangkiti, simptom HIV peringkat awal seakan selesema bakal tiba!
Ini merupakan tindak balas semula jadi tubuh terhadap jangkitan HIV.
Gejala ini boleh berlangsung selama beberapa hari hingga bulan dan anda mungkin turut mengalami:
Pun begitu, bukan semua pesakit HIV memiliki simptom HIV peringkat awal di atas, kerana hanya sekitar 1 daripada 3 orang akan mengalaminya.
Untuk makluman, pakar menggelarkan tahap ini sebagai jangkitan HIV akut atau primer, iaitu ketika virus HIV menjangkiti beberapa jenis sel darah putih.
Ia kemudiannya menghasilkan berjuta-juta salinannya sendiri, lalu disebarkan ke seluruh badan.
Dalam jangka masa ini, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Ini kerana, terdapat banyak virus di dalam cairan badan anda.
Tanda HIV lelaki di peringkat yang seterusnya
Setelah HIV berjaya ‘menumpaskan’ sistem imun anda, ia akan merebak dengan kadar yang lebih perlahan.
Tahap ini pula dipanggil sebagai latensi kronik atau klinikal. Dalam majoriti kes, anda tidak lagi bergejala.
Jika tidak mendapatkan rawatan, tempoh jangkitan HIV ini boleh berlangsung selama 10 hingga 15 tahun!
Tetapi jika anda mengambil ART dengan konsisten, kalian mungkin akan kekal di tahap ini selama beberapa dekad.
AIDS
AIDS pula merupakan peringkat HIV yang terakhir. Pada tahap ini, virus telah merosakkan sistem imun anda dengan teruk!
Badan anda juga tidak lagi berdaya melawan banyak jangkitan, lantas membolehkan gejala untuk timbul.
Cirit-birit yang berlangsung lebih daripada seminggu
Demam atau peluh di waktu malam yang teruk dan berpanjangan
Timbul tompokan berwarna merah, coklat, merah jambu, atau ungu pada/di bawah kulit
Sekiranya anda didapati menghidap AIDS, doktor biasanya akan mempreskripsikan ART bagi memastikan sistem imun badan kekal sihat sebaik mungkin.
Ubatan lain juga mungkin perlu diambil untuk menangani sebarang jangkitan atau masalah yang dipicu oleh sistem imun anda yang lemah.
Kesimpulan
Jika anda mengalami sebarang simptom HIV peringkat awal, mengesyaki atau risau kemungkinan dijangkiti HIV, lakukan ujian untuk mengetahui status anda. Perkara ini amat penting. Oleh itu, minggu ujian antarabangsa telah diajurkan untuk kesedaran tentang kepentingan melakukan ujian. Klik LINK INI untuk mengetahui tentang minggu ujian antarabangsa!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
HIV and hypogonadism: a new challenge for young-aged and middle-aged men on effective antiretroviral therapy. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28081039/. Accessed May 10, 2022.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen