Kecenderungan usus untuk menjalankan fungsinya adalah bergantung kepada usia, diet pemakanan, aktiviti harian anda dan keadaan persekitaran.
Sebagai contoh, bayi yang diberi susu formula lebih berpotensi mempunyai najis yang keras dan berdepan masalah sembelit berbanding bayi yang hanya minum susu ibu.
Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka berdepan isu sembelit ini apabila memulakan sesi persekolahan kerana malu untuk meminta izin menggunakan tandas.
Bagi kanak-kanak yang sedang berlatih guna tandas (toilet training) pula, mereka turut berpotensi berdepan masalah ini jika mereka tidak mahu atau takut untuk menggunakan tandas.
Akibat daripada kesakitan yang dirasai ketika proses membuang air besar semasa sembelit, ini menjadikan kanak-kanak cenderung mengelakkan diri untuk ke tandas.
Faktor risiko yang memicu masalah ini
Masalah sembelit teruk juga boleh berlaku jika memakan makanan tertentu seperti produk tenusu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen