backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini 7 Trik Mudah Untuk Elak Lepas Makan Perut Kembung, Jom Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    Ini 7 Trik Mudah Untuk Elak Lepas Makan Perut Kembung, Jom Cuba!

    Aduhai… Memang rasa amat tidak selesa jika lepas makan perut kembung bukan? Bukan itu sahaja, ia juga sudah pasti akan menjejaskan mood serta aktiviti seharian.

    Meskipun ramai yang percaya ia boleh pulih secara sendiri, kondisi menjengkelkan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada beberapa trik yang boleh anda cuba.

    Apa yang anda boleh buat untuk elak perut kembung lepas makan? Jom terus baca untuk tahu!

    Kenapa lepas makan perut kembung terjadi?

    Untuk pengetahuan anda semua, kekembungan perut itu adalah angkara gas atau angin berlebihan yang ada di dalam perut dan tidak mampu untuk keluar melalui rongga.

    Kebiasaannya, gas atau angin dalam perut akan keluar melalui kentut atau sendawa namun juga boleh kekal di dalam perut sehingga anda rasa kembung akibat faktor tertentu.

    Antara faktor yang diperkatakan itu adalah pola makan tidak teratur, pilihan jenis makanan atau minuman tidak tepat serta amalan tabiat buruk ketika berada di meja makan.

    Bukan sahaja pengumpulan gas atau angin ini akan jadi punca perut rasa kembung, malah turut membuatkan individu mual-mual, muntah-muntah, pening kepala serta lemah badan.

    lepas makan perut kembung

    Dalam usaha untuk elak ia daripada berlaku dan berulang, ada beberapa trik yang anda perlu belajar.

    Bagaimana elak lepas makan perut kembung?

    Penyiksaan ini mungkin tidak lagi anda perlu deritai, kuncinya hanya dengan trik-trik di bawah ini:

    #1. Sila makan dengan lebih perlahan

    Alasan anda sedang lapar atau kejar masa itu tidak wajar wujud kerana makan dengan laju boleh jadi punca fungsi sistem pencernaan di dalam perut anda tidak maksimum.

    Selain itu juga, makan terlalu laju akan tidak tersengaja meningkatkan jumlah udara yang anda telan lantas menyebabkan lebih banyak gas atau angin masuk ke dalam perut.

    Jadi, sila makan dengan lebih perlahan untuk elak kembung perut. Pastinya lebih aman bukan?

    #2. Kurang cakap ketika sedang makan

    Di meja makan terutamanya ketika sedang berkumpul dengan ahli keluarga atau sahabat handai, ia juga adalah peluang untuk anda semua beramah mesra sesama sendiri.

    Namun jangan salah, anda perlu mengurangkan tabiat ini kerana makan sambil cakap hanya akan buat anda tertelan lebih banyak udara sekali gus mengembungkan perut.

    Sebaiknya, sila kunyah dan telan atau tunggu lepas habis makan dahulu untuk sambung berborak!

    lepas makan perut kembung

    #3. Elak lepas makan perut kembung, jangan ambil banyak serat

    Meskipun serat ada banyak manfaat seperti membuat anda kenyang lebih lama dan mengendalikan kadar gula dalam darah, ia masih ada kesan sampingan jika salah ambil.

    Pengambilan serat yang terlalu banyak boleh jadi punca tubuh badan menghasilkan gas atau angin semula jadi di dalam perut lantas mengakibatkan masalah perut kembung.

    Bahkan menurut sebuah kajian, dilaporkan bahawa pengamalan diet yang rendah serat akan dapat bantu meredakan kembung perut jika mereka ada masalah sembelit idiopatik.

    #4. Elak ambil banyak lemak

    Lemak daripada makanan atau minuman akan dicernakan di dalam perut dengan agak perlahan kerana ia perlu waktu yang lebih lama untuk masuk ke dalam salur penghadaman.

    Ia juga akan jadi punca penundaan pengosongan isi perut dan buat sesetengah individu pula, hal ini adalah antara penyebab mereka mengalami lepas makan perut kembung.

    Terutamanya jika hidangan yang diambil itu berlemak sangat tinggi dan bergoreng dengan minyak, maka wajar untuk anda elak dan sila ambil alternatif yang lebih sihat.

    #5. Hindar minum air berkarbonat jika tidak mahu lepas makan perut kembung

    lepas makan perut kembung

    Mungkin tidak semua orang, tapi masih ada individu yang gemar minum air berkarbonat bersama dengan hidangan utama mereka tanpa sedar ia juga punca kembung perut.

    Ini kerana jenis air begini terkandung gas karbon dioksida yang boleh tersekat di dalam salur penghadaman dan tidak mampu keluar jika anda gagal untuk sendawa atau kentut.

    #6. Hindar kunyah gula-gula getah

    Ada banyak tabiat lepas makan yang diamalkan individu seperti mengunyah gula-gula getah kononnya untuk menghilangkan rasa hanyir atau bau busuk angkara hidangan yang tertentu.

    Pun begitu, gula-gula getah yang dikunyah boleh jadi sebab anda tertelan lebih banyak udara lalu terkumpul di dalam salur pencernaan, lantas mengakibatkan perut kembung.

    #7. Bersenam sejurus selepas makan

    Akhir sekali, ia adalah antara trik yang semua orang sudah dan patut tahu. Ini kerana individu memang wajar untuk bergerak sejurus selepas makan agar lebih cergas.

    Dalam pada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan risiko perut kembung lepas makan di samping meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan di paras yang terbaik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan