Penting ke pengambilan makanan yang baik untuk usus? Seperti pengambilan makanan yang boleh memberikan kesan positif atau negatif kepada kesihatan jantung, otak dan tulang, ia juga boleh memberi impak kepada usus anda.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Penting ke pengambilan makanan yang baik untuk usus? Seperti pengambilan makanan yang boleh memberikan kesan positif atau negatif kepada kesihatan jantung, otak dan tulang, ia juga boleh memberi impak kepada usus anda.
Usus besar penting dalam sistem pencernaan dan terdapat banyak keadaan berbeza boleh menjejaskan fungsinya.
Atas sebab itu adalah penting untuk mengambil langkah pencegahan untuk memastikan usus anda sihat.
Ia bukan sahaja mengurangkan risiko kanser usus dan masalah berkaitan lain, bahkan boleh membawa kepada penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih baik, peningkatan tenaga dan berat badan yang sihat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Kita semua sedia maklum bahawa makanan berkhasiat dan seimbang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Amnya, setiap makanan yang diambil akan melalui usus. Makanan menyihatkan usus akan dapat memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan baik, membantu mencegah ketidakselesaan perut seperti sembelit, cirit-birit, kembung perut, kekejangan dan berangin.
Berikut beberapa kumpulan makanan baik untuk usus:
Daging merah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser usus, jadi anda boleh dapatkan sumber protein daripada kumpulan makanan lain. Tambahan pula, kolesterol tinggi juga boleh meningkatkan risiko kanser.
Ini kerana semua sumber protein haiwan mengandungi paras kolesterol yang berbeza-beza, jadi disebabkan itu anda perlu memilih protein dengan bijak.
Khususnya buat mereka yang berisiko tinggi, sumber protein berasaskan tumbuhan adalah pilihan terbaik, seperti:
Cara paling mudah untuk memasukkan antioksidan tinggi ke dalam diet adalah dengan mengambil makanan berwarna pelangi.
Antioksidan memberikan makanan ini warna cerah dan pengambilannya dapat membekalkan diri dengan pelbagai jenis sumber antikanser terbaik. Contohnya:
Sekiranya anda tidak bergelut dengan isu kolesterol tinggi, anda boleh mengambil fillet ikan salmon sekali-sekali sebagai sumber omega-3.
Ada juga pilihan lain yang boleh menggantikan salmon sebagai sumber omega-3 lebih praktikal untuk diet sihat seperti:
Mungkin perkara paling menarik yang boleh anda ketahui mengenai vitamin C adalah ia mempunyai kesan antikanser yang kuat.
Menurut National Institutes of Health (NIH), individu yang mengambil vitamin C tinggi daripada sumber buah-buahan dan sayuran dipercayai mempunyai risiko lebih rendah untuk pelbagai jenis kanser seperti paru-paru, payudara dan kanser usus.
Berikut beberapa jenis buah yang menawarkan kandungan vitamin C yang tinggi:
Serat membantu menggerakkan makanan melalui saluran pencernaan dan memastikan ia teratur serta mencegah sembelit.
Selain itu, diet tinggi serat juga membantu mengurangkan risiko kanser usus dan mencegah buasir yang boleh mengembangkan penyakit divertikular.
Cara terbaik untuk menambah pengambilan serat adalah dengan memakan buah, sayuran, bijirin penuh dan kekacang.
Antara pilihan makanan kaya serat adalah:
Baca juga:
Makanan ditapai (fermented) mengandungi mikroorganisma hidup dipanggil probiotik – membantu menambah bakteria baik dalam usus bagi menyokong kesihatan yang optimum.
Berikut antara makanan ditapai yang boleh dijadikan pilihan:
Makanan diproses biasanya mempunyai kandungan garam, gula dan lemak tepu yang lebih tinggi.
Ia dianggap makanan yang tidak baik untuk usus kerana boleh menyebabkan peningkatan keradangan dalam badan dan boleh meningkatkan risiko gangguan dan kanser usus.
Untuk mengehadkan pengambilan makanan diproses, kurangkan pengambilan:
Kajian mendapati pemakanan tinggi gula dan rendah serat dikaitkan dengan masalah kesihatan kolitis ulseratif, penyakit Crohn dan keadaan lain berkaitan usus.
Untuk mengehadkan pengambilan gula halus, kurangkan ambil makanan dan minuman seperti:
Usus juga bertanggungjawab untuk menyerap air ke dalam badan. Air turut membantu memastikan laluan pencernaan bergerak dan mengeluarkan semua serat yang telah dimakan.
Jadi, selain daripada pengambilan makanan yang baik untuk usus, anda juga harus minum air secukupnya sepanjang hari bagi membantu mengekalkan bentuk usus dan kesihatan badan.
Jumlah air yang perlu diambil dalam sehari berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung pada faktor seperti berat badan dan tahap aktiviti harian keseluruhan.
Purata jumlah yang disyorkan untuk wanita ialah 11.5 cawan sehari dan 15.5 cawan sehari untuk lelaki.
Hakikatnya, mengamalkan pengambilan makanan yang baik untuk usus sahaja tidak memadai. Ini kerana ia tidak memberi petanda jika berlaku sebarang masalah di dalam usus.
Sebaliknya, jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan kanser usus, berundinglah dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan berkala bagi membantu mengesan sebarang tanda awal kanser.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen