Pernah dengar mengenai refluks hempedu? Ia berkaitan jus hempedu dan juga masalah refluks. Ini penjelasan lanjut mengenainya.
Pernah dengar mengenai refluks hempedu? Ia berkaitan jus hempedu dan juga masalah refluks. Ini penjelasan lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Refluks hempedu berlaku apabila jus hempedu – iaitu cecair pencernaan yang dihasilkan dari hati anda – ternaik (refluks) ke dalam perut serta tiub yang menghubungkan antara mulut dan perut anda (esofagus).
Refluks hempedu boleh berlaku bersama-sama refluks asid, iaitu merupakan istilah perubatan untuk asid perut masuk ke dalam esofagus anda. Walau bagaimanapun, refluks asid hempedu dan refluks asid merupakan keadaan yang berbeza.
Adakah hempedu penting dalam refluks, merupakan satu soalan yang kontroversi. Kebiasaannya hempedu akan disyaki sebagai penyebab berlakunya refluks apabila tindak balas yang ditunjukkan oleh individu terhadap ubat-ubatan anti asid tidak secara menyeluruh atau tidak berkesan sama sekali. Tetapi terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kesan refluks empedu pada individu.
Tidak seperti refluks asid, refluks hempedu biasanya tidak dapat dikawal sepenuhnya dengan mengubah cara pemakanan atau gaya hidup. Rawatan akan melibatkan ubat-ubatan atau dalam kes yang teruk, memerlukan pembedahan.
Refluks empedu sangat jarang berlaku pada individu yang sihat.
Refluks empedu merupakan perkara biasa berlaku pada individu yang pernah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu mereka atau mereka yang menjalani pembedahan gastrik, termasuk pembuangan secara keseluruhan atau sebahagian daripada perut (gastrectomy) atau pembedahan pintasan gastrik bertujuan untuk menurunkan berat badan.
Refluks jus hempedu juga biasa berlaku pada pesakit yang menghadapi ulser peptik. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
Simptom – simptom yang biasa ditunjukkan adalah:
Refluks hempedu sukar untuk dibezakan daripada refluks asid. Tanda-tanda dan gejala yang ditunjukkan adalah sama, dan kedua-dua keadaan mungkin berlaku pada masa yang sama. Fungsi bili dalam refluks masih tidak jelas.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza.
Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Jus hempedu merupakan cecair kuning kehijauan yang diperlukan untuk mencerna lemak dan menghapuskan sel darah merah yang tidak lagi berfungsi serta toksik tertentu dari badan anda. Empedu dihasilkan dari hati anda dan disimpan di dalam pundi hempedu.
Makanan yang anda makan yang mengandungi lemak walaupun sedikit akan memberikan isyarat untuk pundi hempedu anda untuk mengeluarkan hempedu, mengalir melalui dua tiub kecil (saluran sista dan saluran empedu biasa) ke bahagian atas usus kecil anda (duodenum).
Empedu refluks ke dalam perut
Campuran hempedu dan makanan di dalam duodenum akan masuk ke dalam usus kecil anda melalui injap pyloric, otot yang kuat berbentuk bulat yang terletak di hujung perut anda. Injap pyloric biasanya hanya terbuka sedikit – sudah memadai untuk mengeluarkan kira-kira satu per lapan auns (kira-kira 3.5 mililiter) cecair makanan pada satu -satu masa, tetapi tidak mencukupi bagi membolehkan jus pencernaan untuk refluks ke dalam perut. Dalam kebanyakan kes refluks hempedu, injap tidak ditutup dengan betul,menyebabkan hempedu akan termasuk ke dalam perut.
Empedu refluks ke dalam esofagus
Hempedu dan asid perut boleh refluks ke dalam esofagus apabila injap otot lain, seperti pencerut bawah esofagus, tidak berfungsi. Pencerut bawah esofagus memisahkan esofagus dan perut. Injap biasanya dibuka hanya untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut. Tetapi jika injap lemah atau kendur secara tidak normal, hempedu boleh termasuk ke dalam esofagus
Apakah yang menyebabkan refluks jus hempedu?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Penjelasan tentang gejala yang anda sedang hadapi sudah cukup untuk doktor anda mendiagnosis masalah refluks. Tetapi agak sukar bagi membezakan antara refluks asid dan refluks empedu dan memerlukan ujian yang lebih lanjut.
Anda juga akan dikehendaki menjalani ujian pemeriksaan bagi meniliti kerosakan pada esophagus dan perut anda, serta perubahan prakanser.
Ujian termasuk :
Terdapat juga satu ujian, tiub yang fleksibel (kateter) dilengkapi prob pada hujungnya akan dimasukkan ke dalam esofagus anda melalui hidung.
Dalam satu lagi ujian (ujian Bravo), prob akan diletakkan pada bahagian bawah esofagus anda semasa endoskopi. Ujian asid ambulatori boleh membantu doktor mengenal pasti refluks asid tetapi bukan refluks hempedu.
Mengubah gaya hidup serta pengambilan ubat merupakan rawatan yang sangat berkesan refluks asid, tetapi rawatan bagi refluks empedu adalah lebih sukar.
Bukti keberkesanan untuk rawatan refluks hempedu sangatlah sedikit, hal ini kerana kesukaran untuk mendiagnosis refluks empedu sebagai penyebab simptom yang terbentuk.
Ubat – ubatan
Rawatan pembedahan
Doktor akan mengesyorkan untuk melakukan proses pembedahan jika pengambilan ubat gagal untuk mengurangkan simptom yang teruk atau terdapat pembentukan prakanser di esofagus anda.
Sesetengah jenis pembedahan mempunyai peratusan kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain, jadi pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang kebaikan dan keburukan sebelum bersetuju menerima rawatan dengan teliti.
Antara pilhannya adalah:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi refluks jus hempedu:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen