Telur mungkin boleh mencetuskan simptom-simptom bagi sindrom iritasi usus atau lebih dikenali sebagai IBS, ini kenyataan daripada Ahli Gastroenterologi, Dr. Christine Lee.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Telur mungkin boleh mencetuskan simptom-simptom bagi sindrom iritasi usus atau lebih dikenali sebagai IBS, ini kenyataan daripada Ahli Gastroenterologi, Dr. Christine Lee.
Namun, katanya, ia bergantung kepada respons tubuh seseorang itu. Bagaimana telur boleh menyebabkan iritasi pada usus kita?
Sindrom iritasi usus adalah satu penyakit atau gangguan gastrousus yang biasa berlaku.
Ia boleh menyebabkan beberapa keadaan pada tubuh anda seperti sakit-sakit pada tubuh badan, kembung perut, sembelit, kekejangan perut, cirit-birit dan juga gas dalam perut.
Simptom-simptom ini boleh berlaku secara tidak teratur. Ia mungkin terjadi dalam satu-satu masa, dan menghilang dalam waktu yang lain.
Setiap individu tidak mempunyai simptom yang sama antara satu sama lain. Ada sesetengah IBS yang berlaku disebabkan oleh stres, dan ada juga disebabkan oleh perkara lain seperti makanan dan minuman.
Antara jenis pencetus kepada IBS yang sering berlaku ialah:
Persoalan berkenaan pemakanan telur ini bergantung kepada keadaan yang anda alami.
Bagi anda yang mengalami sembelit atau sakit-sakit badan, telur boleh memburukkan lagi IBS anda. Telur mengandungi kandungan protein yang boleh memburukkan lagi keadaan sembelit yang dialami.
Namun, bagi mereka yang mengalami masalah cirit-birit, telur boleh membantu melegakan keadaan kesihatan anda.
Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap telur pula, anda semestinya tidak boleh mengambil telur dalam diet anda.
Telur bukanlah pencetus sebenar kepada simptom-simptom IBS ini. Tetapi, mengapa ada sesetengah individu yang mengalami simptom-simptom IBS ini?
Jika anda mengalami keadaan seperti ini, ia mungkin bermakna bahawa anda sedang mengalami alahan telur.
Alahan berlaku apabila sistem imun tubuh badan anda tersalah memberikan reaksi terhadap protein dalam tubuh badan anda.
Sebahagian daripada reaksi ini kemudiannya menyebabkan simptom-simptom seperti masalah pencernaan.
Jelas sekali telur bukanlah pencetus kepada masalah IBS ini. Namun, jika anda mengalami beberapa reaksi setelah makan telur, ia berkemungkinan adalah disebabkan oleh alahan telur.
Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom gangguan IBS ini, anda boleh mengikuti cadangan jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diambil seperti yang dinyatakan di atas ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen