backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

GERD Dan Anxiety Ada Kaitan! Sebab Itu Penghidap Anxiety Selalu Pedih Ulu Hati

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/12/2023

    GERD Dan Anxiety Ada Kaitan! Sebab Itu Penghidap Anxiety Selalu Pedih Ulu Hati

    Siapa sangka, GERD dan anxiety mempunyai kaitannya yang tersendiri. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai simptom GERD dan anxiety disorder serta apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Apa itu GERD dan kegelisahan?

    Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) merupakan satu kondisi yang berbeza dengan anxiety atau kegelisahan.

    GERD berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus. Asid ini boleh mendatangkan iritasi pada lapisan esofagus lalu menyebabkan pelbagai simptom, antaranya ialah pedih ulu hati.

    Pedih ulu hati merupakan satu perkara yang sangat lazim. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya ia kerap berlaku, pedih ulu hati ini boleh menyebabkan GERD.

    Kegelisahan pula adalah satu reaksi normal terhadap stres. Kadangkala, ia boleh mendatangkan kesan positif dalam hidup.

    Contohnya, stres sebelum peperiksaan dapat memastikan kita belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

    Walau bagaimanapun, kecelaruan keresahan atau anxiety disorder merupakan sejenis kondisi mental. Ia menyebabkan anda rasa sangat resah sehingga mula takut.

    Hampir 30% orang dewasa akan mengalami kecelaruan keresahan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

    Namun, kecelaruan keresahan merupakan satu kondisi yang boleh dirawat. Kebanyakan pesakit anxiety dapat hidup seperti biasa, sama seperti orang lain.

    Simptom GERD dan anxiety

    gerd dan anxiety

    Antara simptom lazim GERD ialah:

    1. Rasa pedih pada kawasan dada (pedih ulu hati), selalunya selepas makan, pada waktu malam atau ketika berbaring.
    2. Rasa masam pada kerongkong.
    3. Pedih pada kawasan atas perut.
    4. Sukar menelan.
    5. Rasa seakan-akan ada ketulan pada kerongkong.

    Manakala, simptom anxiety pula ialah:

    1. Rasa berdebar-debar, penat atau tertekan.
    2. Perasaan seakan-akan ada bahaya akan tiba, sering panik.
    3. Sering bernafas dengan laju.
    4. Kerap berpeluh.
    5. Tangan menggigil.
    6. Sukar fokus selain memikirkan mengenai masalah sedia ada.
    7. Mempunyai masalah pencernaan.
    8. Sering risau sehingga mengganggu kehidupan harian.
    9. Lari daripada masalah atau apa-apa perkara yang menyebabkan kegelisahan.

    Jumpa doktor secepat mungkin jika:

    1. Kegelisahan yang dialami mengganggu kehidupan harian, hubungan dan juga kerjaya.
    2. Kegelisahan sukar untuk dikawal.
    3. Anda menghidap depresi, mula beralih kepada cara lain seperti mengambil minuman alkohol atau penggunaan dadah untuk lari daripada masalah.
    4. Kegelisahan mungkin berpunca daripada masalah kesihatan tertentu.
    5. Anda rasa ingin membunuh diri.

    Kaitan antara GERD dan anxiety

    gerd dan anxiety

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam The Cureus Journal of Medical Science, depresi dan juga kegelisahan (anxiety) mungkin dapat meningkatkan risiko GERD.

    Pada tahun 2018, pengkaji di Korea Selatan telah melakukan penilaian terhadap 4 kumpulan besar – 1 kumpulan kawalan manakala 3 lagi menghidap simptom GERD tertentu.

    Sebenarnya, ada kaitan antara GERD dan anxiety. Mereka mendapati penghidap GERD selalunya lebih gelisah, tertekan dan mungkin menghidap depresi.

    Malah, ada banyak lagi kajian lain yang membuktikan simptom GERD mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup seseorang.

    Tambah lagi, penulis kajian yang dimuatkan dalam Journal of Neurogastroenterology and Motility ada menggariskan:

    • Kegelisahan boleh mengurangkan tekanan pada kawasan sfingter esofagus, sejenis otot yang memastikan perut tertutup dan mengelakkan asid dari perut naik semula ke kawasan esofagus
    • Stres boleh menyebabkan kawasan otot tersebut menjadi ‘tertekan’ dan semakin lemah. Lama-kelamaan, tekanan dalam organ ini akan meningkat dan ia mula menolak semula asid keluar dari perut
    • Kegelisahan yang serius boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut

    Walau bagaimanapun, masih belum ada lagi sebarang bukti yang mengaitkan kegelisahan dengan simptom lain seperti sakit perut atau pedih ulu hati.

    Apa yang pasti, GERD dan anxiety merupakan satu kitaran – pedih ulu hati atau heartburn boleh menyebabkan kesakitan. Rasa sakit pula akan menyebabkan stres. Stres pula menyebabkan simptom GERD menjadi semakin teruk!

    Baca juga:

  • Selalu Sakit Tekak Dan Batuk Kering? Ini 7 Gejala GERD Paling Lazim Hingga Rare!
  • Ini 15 Cara Merawat & Melegakan Simptom Asid Refluks GERD, Jom Cuba!
  • Cara untuk merawat

    gerd dan anxiety

    Pedih ulu hati selalunya boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan yang dijual di farmasi seperti antasid, lansoprazole dan omeprazole.

    Walau bagaimanapun, ubat hanya mampu mengurangkan simptom fizikal.

    Sekiranya anda menghidap kecelaruan kegelisahan, anda masih perlu mendapatkan rawatan pakar untuk pastikan simptom tersebut tidak akan berulang pada masa hadapan.

    Selain itu, untuk mengurangkan simptom GERD dan anxiety, anda juga boleh:

    1. Lakukan perubahan gaya hidup. Kenal pasti apa yang menyebabkan stres yang dialami. Adakah disebabkan kerja atau hubungan? Setelah anda kenal pasti puncanya, cuba lakukan sesuatu untuk menyingkirkan atau mengurangkan stres tersebut.
    2. Tukar diet. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan pedih ulu hati, contohnya makanan yang pedas, buah-buahan sitrus dan coklat.
    3. Lakukan senaman ringan. Senaman boleh membuatkan anda rasa lebih bersemangat dan kurang tertekan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan