backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Penghidap GERD, Elakkan Makanan Pedas! Sebaliknya, Cuba Ambil 7 Superfood Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

    Penghidap GERD, Elakkan Makanan Pedas! Sebaliknya, Cuba Ambil 7 Superfood Ini

    Sering sendawa dan pedih ulu hati? Tahukah anda, ada pelan pemakanan untuk pesakit GERD dan anxiety? Tidak dinafikan, pemakanan yang sihat amat penting untuk mengurangkan simptom GERD. Sebab itulah, anda perlu tahu cara hilangkan GERD dengan cepat!

    GERD atau penyakit refluks gastroesofagus merupakan sejenis kondisi yang berlaku apabila asid dalam perut naik semula ke esofagus.

    Penghidap GERD akan rasa pedih perut, kerap sendawa dan alami pedih ulu hati dengan kerap.

    Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan mengenai pemakanan yang sesuai sebagai cara merawat GERD anxiety. Jom baca!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Pemakanan untuk pesakit GERD dan anxiety

    tanda tanda gerd
    Simptom GERD.

    Salah satu cara hilangkan GERD yang berkesan adalah dengan mengubah diet harian.

    Walau bagaimanapun, pengambilan makanan ini bukanlah ubat untuk GERD. Namun, ia mungkin dapat mengurangkan simptom yang anda alami.

    Antara makanan yang boleh diambil oleh pesakit GERD:

    Pemakanan untuk pesakit GERD dan anxiety #1. Sayur-sayuran

    Sayur mengandungi lemak dan gula yang rendah. Antara sayuran yang baik untuk penghidap GERD ialah kacang hijau, brokoli, asparagus, kentang dan juga timun.

    Kentang merupakan contoh karbohidrat dan serat mudah larut.

    Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai lagi vitamin dan nutrisi, menjadikan kentang sebagai salah satu makanan yang sangat berkhasiat untuk badan.

    2. Halia sebagai cara hilangkan GERD

    Halia merupakan makanan yang baik untuk mengurangkan pedih ulu hati. Cara penyediaannya juga mudah, cuma tambahkan sahaja beberapa potong halia dalam minuman.

    Sifat alkali dan antiradangnya juga akan mengurangkan iritasi pada saluran pencernaan.

    Jadi, jika anda kerap sendawa dan sering pedih ulu hati, cuba minum air halia. Teh halia pun boleh!

    3. Oat

    Oat merupakan sejenis bijirin penuh yang juga merupakan sumber serat yang tinggi. Diet yang tinggi serat selalunya dapat mengurangkan simptom GERD.

    Selain oat, anda juga boleh tambahkan roti dan nasi dalam diet harian. Semua ini merupakan contoh karbohidrat yang sihat dan mudah dicerna badan.

    4. Buah-buahan bukan sitrus

    buah untuk hilangkan gerd
    Khasiat buah epal merah.

    Elakkan mengambil sebarang buah-buahan sitrus seperti oren, limau dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi semakin teruk.

    Pilih buah-buahan lain yang mengandungi serat. Sebagai contoh, anda boleh makan tembikai, pisang, epal dan pir.

    5. Makanan laut dan daging pejal

    Cuba tambah lebih banyak daging pejal dalam diet harian. Anda juga boleh lebihkan ikan.

    Ikan tidak mengandungi lemak yang tinggi, jadi ia dapat mengurangkan simptom GERD. Anda boleh masak ikan dengan pelbagai cara. Goreng, bakar atau stim mengikut kreativiti anda!

    Cara hilangkan GERD 6: Ambil lemak sihat

    Anda boleh cuba makanan seperti avokado, kacang walnut, minyak bunga matahari dan juga minyak zaitun untuk mendapatkan lemak sihat.

    Kurangkan pengambilan lemak tepu dan gantikannya dengan lemak tidak tepu yang lebih sihat.

    7. Cara merawat GERD anxiety dengan telur

    Telur mengandungi protein yang tinggi. Walau bagaimanapun, kurangkan pengambilan telur kuning.

    Ia mengandungi lemak yang tinggi dan mungkin akan menyebabkan GERD menjadi semakin serius.

    Makanan yang perlu dielakkan

    punca gerd
    Keburukan makanan pedas.

    Ada beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan pesakit GERD.

    Makanan sebegini selalunya menyebabkan pedih ulu hati dan boleh mengganggu proses penghadaman.

    Antara makanan yang boleh menyebabkan GERD menjadi semakin serius ialah:

    Selain itu, ada juga makanan lain yang boleh menyebabkan pedih ulu hati menjadi semakin teruk. Antaranya:

  • Makanan berasaskan tomato
  • Buah-buahan sitrus
  • Coklat
  • Gula-gula berpudina
  • Minuman berkarbonat
  • Cara hilangkan GERD: Makan dengan sederhana

    Benar, ada banyak cara hilangkan GERD. Namun, petua tradisional hilangkan gerd yang terbaik adalah melalui pemakanan yang sihat.

    Bersederhanalah ketika makan. Elakkan makan pada lewat malam. Selain itu, anda juga boleh makan dalam kuantiti yang kecil tetapi lebih kerap untuk elakkan kelaparan

    Kesimpulan

    Sekiranya GERD menjadi semakin serius, dapatkan konsultasi doktor secepat mungkin. Asid refluks yang kronik boleh menyebabkan kanser esofagus jika tidak ditangani dengan segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan