backup og meta

Orang Gastrik Boleh Makan Apa? Ini Dia 7 Makanan Dan Minuman Yang Sesuai!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

    Orang Gastrik Boleh Makan Apa? Ini Dia 7 Makanan Dan Minuman Yang Sesuai!

    Anda ada masalah gastritis namun tidak pernah tahu bahawa jika orang gastrik boleh makan apa? Tenang, anda tidak keseorangan kerana ia adalah tanda tanya popular.

    Apa yang kita semua mungkin sudah tahu adalah mereka dengan kondisi gastrik ini perlu makan pada waktu yang tepat. Cuma, kurang idea tentang apa yang patut makan.

    Jika anda ingin tahu orang gastrik boleh makan apa agar kondisi mereka tidak teruk, jom baca ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu gastritis atau gastrik?

    Untuk pengetahuan anda semua, masalah gastrik atau gastritis ini adalah kondisi di mana terjadinya radang pada lapisan dalam perut ekoran penurunan tahap perlindungan.

    Kondisi ini mungkin biasa berlaku apabila individu terlupa atau terlepas waktu makan dan kesan akibatnya adalah perut akan rasa tidak selesa sama seperti masuk angin.

    Selain ‘skip’ waktu makan, berikut adalah antara faktor risiko lain yang boleh jadi punca gastrik:

    • Jangkitan daripada bakteria Helicobacter pylori
    • Tahap tekanan yang tinggi pada tubuh badan
    • Pengambilan ubat tahan sakit daripada jenis NSAIDs
    • Pengambilan alkohol dan nikotin yang berlebihan
    masalah gastrik
    Pantang larang penyakit gastrik.

    Kebiasaannya, ia mungkin boleh dielak atau dirawat dengan ubatan atau rawatan moden. Atau dengan cara yang lebih mudah, ia boleh dikawal dengan mengubah pola makan.

    Usaha yang anda perlu buat adalah dengan lebih berwaspada ketika memilih, membeli serta mengambil makanan. Ia adalah kunci utama untuk mengawal masalah gastrik.

    Orang gastrik boleh makan apa?

    Individu yang ada masalah ini akan selalu diingatkan untuk makan pada waktu yang tepat dengan harapan tidak membenarkan angin terkumpul dan terperangkap di dalam perut.

    Pun begitu, kita mungkin terlupa bahawa apa yang mereka perlu makan juga tersangat penting! Jadi, orang gastrik boleh makan apa? Khas untuk ada, dzi bawah ini ada senarai makanan untuk gastrik ulser!

    Makanan untuk gastrik ulser #1. Nasi putih

    Merupakan salah satu daripada makanan ruji masyarakat di Asia dan Malaysia, nasi putih memang sangat bagus untuk dimakan terutama buat penderita penyakit gastrik.

    Ini kerana ia dipercayai akan mampu untuk melegakan sistem pencernaan atau penghadaman di dalam perut yang sedang meradang gara-gara kondisi gastritis itu sendiri.

    orang gastrik boleh makan apa
    Nasi, antara makanan yang bagus untuk penghidap gastrik.

    #2. Minyak ikan, antara makanan untuk gastrik ulser

    Minyak ikan tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 dan ia memiliki sifat antiradang yang sangat kuat. Dan tentu sahaja, ia sangat bagus jika anda ada gastritis.

    Dalam pada itu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan mampu melindungi anda daripada bakteria yang juga menjadi punca gastrik iaitu Helicobacter pylori.

    #3. Minyak zaitun

    Minyak zaitun kaya dengan kandungan polifenol serta memiliki sifat antioksidan dan antiradang yang sangat bagus untuk melawan masalah keradangan di dalam perut.

    Sama seperti minyak ikan, minyak ini juga berupaya untuk membunuh dan menghalang pembiakan bakteria Helicobacter pylori yang boleh membawa masalah yang sama.

    #4. Nak tahu orang gastrik boleh makan apa lagi? Cuba minuman air kelapa untuk legakannya

    Adakah air kelapa baik untuk gastrik?

    Ya, air kelapa sudah lama menjadi salah satu rawatan tradisional untuk melegakan gastrik! Ini kerana ia mempunyai kesan antiradang yang bagus buat penderita penyakit ini.

    Tidak hanya itu, air daripada buah ini juga akan membawa kesan segar dan sejuk terhadap dinding perut apabila diminum lantas melegakan ketidakselesaan yang wujud.

    buah untuk gastrik
    Khasiat kelapa untuk penghidap gastrik.

    #5. Susu haiwan

    Susu haiwan lembu atau kambing yang asli sememangnya sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan terutama jika anda mempunyai masalah keradangan di dalam perut.

    Penghidap gastrik boleh minum susu haiwan lembu atau kambing asli kerana ia adalah sumber probiotik baik untuk perut sama seperti produk tenusu lain. Cuma, pastikan ia rendah lemak kerana lemak hanya akan memburukkan lagi keadaan.

    Orang gastrik boleh makan apa? #6. Halia

    Mungkin tidak lengkap senarai orang gastrik boleh makan apa ini tanpa halia. Halia juga telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah pada perut.

    Selain mampu mengurangkan keradangan dan kekejangan dinding perut, ia juga bagus untuk membuang angin yang terkumpul dan terperangkap di dalam perut anda.

    Buah yang sesuai untuk gastrik angin #7. Variasi buah beri

    Ada banyak variasi buah beri seperti raspberi, strawberi dan beri biru yang penuh vitamin C – yang sangat bagus untuk menguatkan sistem imun bagi melawan bakteria.

    Ditambah dengan kandungan bioflavonoid, maka vitamin ini akan lebih mudah diserap. Kesannya, maka ia sangat bagus untuk diambil jika anda kerap ada masalah perut.

    Kesimpulan

    Sekiranya masalah gastrik masih berlaku dan berulang walaupun anda sudah amalkan makanan untuk gastrik ulser di atas, dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor dengan kadar segera!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan