backup og meta

Cirit-Birit Dan Loya Sampai Termuntah? Lakukan 5 Perkara Ini, Rehat Sahaja Di Rumah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    Cirit-Birit Dan Loya Sampai Termuntah? Lakukan 5 Perkara Ini, Rehat Sahaja Di Rumah!

    “Aduh, sakitnya perut! Sudah beberapa hari kerap cirit birit dan muntah. Adakah cara merawat masalah ini secara sendiri di rumah?”

    Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan cirit-birit dan rasa loya.

    Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK), anda dikira mengalami cirit-birit jika terpaksa ke tandas lebih 3 kali sehari.

    Berita baiknya, anda boleh rawat cirit-birit sendiri di rumah!

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai cara merawat muntah dan cirit birit serta apa yang perlu anda lakukan sekiranya ia menjadi semakin serius.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

    Mengapa saya cirit birit dan muntah?

    cirit birit dan muntah
    Ketidakselesaan pada perut yang teruk.

    Senak perut cirit birit dan loya boleh berlaku disebabkan bebebapa perkara.

    Antaranya ialah jangkitan virus, bakteria, parasit, pengambilan ubat-ubatan tertentu atau disebabkan penyakit.

    Makanan yang sukar untuk dicerna seperti gula-gula atau daging yang tidak cukup masak juga boleh menyebabkan anda sakit perut sehingga muntah-muntah.

    Dalam kebanyakan kes, simptom akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Namun, cirit-birit dan rasa loya yang kerap mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius.

    Terus ke hospital sekiranya:

    1. Anda muntah darah.
    2. Muntah nampak seperti serbuk kopi.
    3. Muntah berwarna hijau atau kuning.
    4. Tertelan sesuatu yang beracun.
    5. Sakit leher ketika melihat cahaya terang.
    6. Sakit perut dan pening kepala yang berlaku secara tiba-tiba.

    5 cara merawat muntah dan cirit birit di rumah

    Cirit birit dan muntah selalunya boleh dirawat sendiri di rumah.

    Antara langkah yang boleh anda lakukan ialah:

    1. Minum air dengan mencukupi

    Jika anda menghidap cirit-birit dan sering loya, pastikan anda minum air dengan mencukupi untuk menggantikan semua cecair yang hilang dari badan.

    Pada waktu ini, dehidrasi merupakan bahaya nombor 1.

    cirit birit dan muntah
    Minum air dengan secukupnya.

    Oleh sebab itu, minum air kosong sebanyak mungkin. Jika anda tidak boleh minum air kosong, cuba hirup sup atau makanan yang berkuah.

    Jangan minum air yang mengandungi banyak gula. Ia boleh membuatkan cirit-birit anda menjadi semakin teruk.

    Elakkan mengambil minuman sukan atau sebarang minuman yang mengandungi elektrolit ketika cirit-birit. Ia hanya akan membuatkan simptom menjadi semakin teruk!

    2. Ambil ubat cirit birit dan muntah

    Jangan sesekali ambil ubat untuk hentikan cirit birit dan angin kecuali diarahkan oleh doktor.

    Badan kita melalui semua tindak balas ini untuk membuang segala bahan atau makanan yang boleh membawa mudarat.

    Namun, ada beberapa jenis ubat yang boleh mengurangkan loya. Tanya ahli farmasi yang bertugas mengenai ubat yang sesuai untuk anda.

    Ada juga beberapa ubat yang boleh menyebabkan anda rasa loya dan cirit-birit. Jika ini yang berlaku, rujuk doktor anda dan dapatkan sesi konsultasi.

    Jika anda ingin ambil ubat untuk mengurangkan simptom, elakkan ubat yang mengandungi aspirin. Ia boleh membuatkan simptom anda menjadi semakin serius.

    3. Untuk bayi, teruskan menyusu badan

    Apa pula yang perlu dilakukan untuk tangani cirit birit dan muntah bayi?

    Sekiranya bayi anda mengalami cirit-birit, terus susukan mereka.

    Susu badan mengandungi cecair dan elektrolit yang penting untuk memastikan anak tidak mengalami dehidrasi.

    Doktor juga mungkin akan memberikan larutan rehidrasi oral (ORS) kepada bayi.

    Jika anak menyusu botol, pilih formulasi bebas laktosa sehingga mereka pulih sepenuhnya.

    Fakta tambahan: ORS merupakan sejenis cecair yang sesuai digunakan untuk menggantikan sebarang nutrisi dan air yang hilang ketika cirit dan muntah. ORS juga sesuai untuk pengambilan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

    cirit-birit
    Cara elak cirit-birit bertambah teruk.

    4. Ambil makanan lembut jika boleh

    Jika anda boleh makan seperti biasa, cuba ambil lebih banyak makanan yang tawar seperti:

    • biskut kering
    • pisang
    • nasi kosong
    • bubur
    • roti

    Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit namun lebih kerap.

    Mereka yang mengalami cirit birit dan sakit perut atau cirit birit dan kembung perut juga boleh cuba diet BRAT.

    Elakkan mengambil sebarang makanan yang pedas atau berlemak dalam masa 24-48 jam.

    Selain itu, jangan minum minuman berkafein atau alkohol untuk elakkan simptom menjadi semakin teruk.

    5. Banyakkan berehat jika cirit birit dan muntah

    Paling penting, dapatkan rehat yang mencukupi.

    Ambil cuti jika anda sakit. Sekiranya anda demam, duduk di rumah dan jangan berjumpa dengan orang lain sehinggalah anda sembuh.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan