Jika anda perasan di enjin carian Google, ada banyak iklan-iklan yang menjual minyak atau krim gamat untuk rawatan kecutkan buasir. Minyak gamat ini dikatakan sebagai salah satu petua kecutkan buasir.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Jika anda perasan di enjin carian Google, ada banyak iklan-iklan yang menjual minyak atau krim gamat untuk rawatan kecutkan buasir. Minyak gamat ini dikatakan sebagai salah satu petua kecutkan buasir.
Persoalannya, adakah kegunaan minyak gamat benar-benar boleh mengecutkan buasir anda?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut berkenaan keberkesanan minyak gamat dalam rawatan kecutkan buasir, kita mestilah memahami apakah maksud buasir itu sendiri.
Buasir adalah urat bengkak yang terletak di sekitar dubur atau di rektum bawah. Kira-kira 50% orang dewasa akan mengalami gejala buasir pada usia 50 tahun.
Buasir boleh terdiri daripada buasir dalaman atau luaran. Buasir dalaman berkembang di dalam dubur atau rektum. Buasir luaran pula terjadi di luar kawasan dubur.
Buasir luar adalah yang paling biasa berlaku dan paling menyakitkan. Buasir yang terbentuk boleh menyebabkan rasa sakit, gatal yang teruk, dan sukar untuk duduk.
Namun, anda tidak perlu risau kerana keadaan buasir ini masih lagi boleh dirawat.
Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya buasir masih tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun, terdapat beberapa faktor yang memungkinkannya untuk terjadi, antaranya:
Produk berasaskan gamat telah lama bertapak dan diguna pakai oleh masyarakat di negara ini untuk pelbagai tujuan. Ia lebih sinonim dengan fungsinya sebagai penyembuh luka selain memulihkan kesihatan tubuh badan.
Golongan wanita turut meminum minuman berasaskan gamat selepas bersalin bagi memulihkan tubuh mereka.
Kajian ada menyatakan gamat mempunyai kandungan nutrisi yang bertindak sebagai antibakteria, antikulat dan antiradang.
Namun, masih banyak kajian mendalam diperlukan untuk memastikan bahawa gamat ini mempunyai nilai perubatan seperti yang sering didakwa.
Timbul juga beberapa persoalan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.
Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini, tiada kajian yang boleh mengesahkan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.
Tidak terdapat kajian yang benar-benar membuktikan keberkesanan kegunaan minyak gamat atau krim gamat dalam merawat buasir, terutamanya buasir luaran.
Petua kecutkan buasir melalui kegunaan minyak gamat ini hanyalah berdasarkan kepada testimoni pengguna semata-mata, bukanlah kajian analisis secara mendalam berkenaan keberkesanannya secara khusus terhadap buasir.
Sekiranya anda berada di rumah, ini beberapa perkara yang boleh dilakukan jika berlakunya buasir:
Anda juga perlu melakukan beberapa perkara untuk melembutkan najis anda. Najis yang keras hanya akan menyebabkan iritasi atau keradangan yang berpanjangan pada buasir, lalu menyebabkan pendarahan.
Antara cara untuk melembutkan najis anda ialah:
Sekiranya rawatan di rumah tidak memberikan kelegaan kepada anda, terdapat beberapa rawatan pembedahan yang dapat membantu anda mengatasi masalah buasir ini.
Ini termasuklah kaedah ligasi gelang getah (rubber band ligation).
Ligasi gelang getah melibatkan penggunaan gelang getah kecil ke pangkal buasir dalaman. Ia akan menyekat aliran darah, yang pada akhirnya menyebabkan buasir mengecut dan mengecil.
Kaedah ini terbukti berkesan berbanding daripada kegunaan minyak gamat sebagai petua kecutkan buasir yang tidak terbukti keberkesanannya. Kini anda telah tahu kaedah atau petua kecutkan buasir yang sebenar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen